Monday, June 7, 2010

Kunci Bilik...

Dalam banyak-banyak benda yang aku tulis kat profile aku tu, aku baru terperasan, semuanya aku dah masukkan dalam blog ni kecuali bab kunci hotel. Jadi untuk melengkapkan kandungan blog ni, hari ni aku start la pula pasal kunci hotel. Maaf, bukan nak tayang kata banyak duduk hotel cuma aku nak share minat pelik ni. Pasai apa, anda sekalian mesti dah tahu, dari apa yang aku dok masukkan dalam blog ni, aku ni memang minat kumpul benda-benda berbentuk kad ni. Kad roti sunshine la, trading cards la, poskad, phonecards dan lain-lain lagi kad. Jadi kali ni tibalah giliran kunci kad.....
*

Tapi sebelum start dengan kad kunci hotel, ni dia kunci hotel yang betul-betul rupa macam kunci (belum menggunakan system kad atau memang saja nak maintain guna kunci yang ori). Kunci ni adalah dari The Grand Hyatt Hotel, New York.








Kalau hilang/terjumpa, sila pos kembali ke alamat tertera. Kalau dah masuk kotak, kira burnnn...

2 comments:

Iaryylr said...

syabas! bagus entry nie tentang kunci, saya juga peminat kunci..

Spallan said...

oraittt, ada geng...