Wednesday, June 23, 2010

Picard dan Borg Queen...

Star Trek: First Contact adalah filem Star Trek yang ke-lapan dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures pada tahun 1996. Diarah oleh Jonathan Frakes (salah seorang pelakon utama siri Star Trek: The Next Generation), filem ini menonjolkan keseluruhan cast dari Star Trek: TNG, takda lagi geng lama seperti Captain Kirk, Spock mahu pun Leonard McCoy. Filem kali ini mengisahkan bagaimana krew USS Enterprise terpaksa go back in time (dari abad ke 24, pulang ke abad 21) demi menyelamatkan alam sejagat dari dikuasai oleh makhluk cybernetic yang dikenali sebagai Borg. Original poster dibawah ini (versi euro) telah dikeluarkan sempena filem ini dan telah ditandatangani oleh artisnya pada tahun 1997.
*



No comments: