Monday, August 23, 2010

Avatar...

Memandangkan cerita The Last Airbender sedang ditayangkan di merata pawagam kat Malaya sekarang ni, dan walau pun aku masih belum sempat nak pi tengok, posting kali ini adalah sedikit koleksi toys dari versi kartun filem tersebut, layannn nooo....



















3 comments:

MgtBobber said...

Bro Spallan.. banyak betul koleksi bro!! hari-hari posting! fuhh!!

Ayah Aiman said...

koleksi yang menarik.... hajat di hati nak juga kumpul, tapi.... anak lelaki kat rumah tu pantang ada mainan mesti dia nak punya pastu tak sampai sehari dah rosak/patah tak pun dia zakat kat kawan2.mcm mana nak simpan....paling tak tahan masa hari raya, sanak saudara datang beraya mesti la diorang bawak anak.. bila nampak je kat almari display mesti diorang nak, pastu siap menangis guling2 lagi, mula2 tu keraskan hati tapi bila dah menangis menjadi2 terpaksa la bagi,tu masa belum ada anak.. ada petua ke?

Spallan said...

Bro MgtBobber, ni semua koleksi yang dah lama terkumpul, tu yang boleh posting hari-hari bro. Tq kerana melayannn...

Bro Ayah Aiman, petuanya bila dah beli, selepas photoshoot dan begumbira ala kadar, terus simpan dalam kotak. Bahaya untuk didisplay sebab mainan ni lain sikit tarikannya. Bukan setakat orang dewasa je yang minat, budak-budak pun amat suka. Yang lagi bahaya budak-budak kalau dah suka dia nak pegang, nak sorong-tarik, naik main sakan bukan sekadar belek-belek je macam orang dewasa. Hahaha, boleh cuba ini petua...