Monday, January 31, 2011

Bukan Nescafe Gold...

Nin dia, Wall's Selection Gold Series. Wall's equivalent to Nescafe Gold....kot, hehehe. Baru sekali jumpa, lepas tu tak jumpa dah. Nasib baik sudah angkat lebeh...



Paper Cup Revive

Bila try minum... sedap, tak manis sangat. Tapi bila dapat souvenir paper cup, barulah maniiis. Tapi, adakah anda perasan akan bunting Revive yang begitu banyak terpampang di sekitar Lembah Kelang..... maniiiiiis juga.


Resepi dari Lipton

Koleksi Resepi dari Lipton. Mahu cuba...?






Kalendar gergasi yang tebal

Kalendar paling tebal yang aku ada bagi tahun ni, dan kalendar yang paling banyak bagi diskaun...




Boleh dapat sandwich free...

Kalendar yang boleh dapat sandwich percuma. Sempat lagi ka? Hari ni dah last day bulan Januari...




Letih beb...

Hahaha...akibat dari kelesuan badan dan keletihan minda, ni dia.... kalendar poket KFC pun jadi buat posting. Layan la nooo...


Sunday, January 30, 2011

Botologi Hi Tea


Setelah berjaya dengan event Buy, Sell and Trade Soda Beverages pada tahun 2010, kini team Botologi Malaya kembali lagi dengan sebuah event yang menggegarkan seluruh Malaya dan isi kandungnya. Bertempat di Ipoh Station Antique Cafe di Puchong Selangor, tarikh duapuluh sembilan januari telah berkumpul angkatan collector tanahair dengan minat yang satu...BOTOL!!!
.
Bermula dengan acara pendaftaran, para collector disajikan dengan pelbagai aktiviti yang direncanakan khas bagi semua yang hadir...



Bagi memulakan majlis,
kata-kata aluan dari pihak penganjur, Megat.


Seterusnya oleh Wong Chin Chai ...


...dan wakil collector-collector Johor.


Selesai sessi ucapan, apa lagi....makan time. Sambil makan, sambil sembang. Mana-mana collector yang selama ini hanya kenal di alam maya, kini dapat bersua muka dan bercerita. A big hand to the Penganjur kerana menjalankan usaha murni seperti ini.

Dalam kehangatan bersembang, tibalah masa penayangan filem ekspedisi lima hero Botologi Malaya, Megat, Sham, Nazrin, Amir dan Mat Wey. Klip ni memang best tapi bagi yang tak sempat menyaksikannya, diharap sempat layan sewaktu ulang tayang dijalankan. Macamana pun ceritanya boleh juga di baca di blog Botol Soda.



Disamping penayangan filem, makan-makan dan sembang-sembang, ada juga koleksi yang dipamirkan dan sedia untuk dijual kepada yang berminat. Harga "adik-beradik" bak kata Blues Riders. Antara barangan yang ada...






...t-shirt yang ditandatangani
oleh collectors yang hadir



Di luar cafe, sepuluh tapak parking telah disediakan oleh penganjur bagi collectors untuk "buka table" atau "buka boot" bagi collectable items yang hendak diperniagakan atau trade sesama collectors.








...memang meriah,
memang happening,
memang best


disamping botol-botol yang rare dan "very-the-elusive", ada juga kasut Bata tapak merah,

gelas, mug, tin rokok, ashtray,

ubat gigi, shampoo, kad,


t-shirt dan macam-macam lagi.


Paper cup Coca-Cola, souvenir dari Juddhebat.
Thanks Bro...

...suasana kemeriahan collectors
di hadapan Ipoh Station Cafe


kasut Aliph pun ada...


mangkuk F&N bagi yang berminat


kordial Red Horse, sos HP dan Del Monte
(siap dengan pengasah pensil berbentuk botol sos)


Anda mahu?
Kena runding dengan Blues Riders.




Satu lagi aktiviti yang menarik minat collectors yang hadir, acara Kuiz yang menjanjikan hadiah botol-botol yang rare lagi sukar diperolehi.



Ahaa, yang bawah tu aku punya. Soalanya, apakah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Megat dalam klip filemnya. Dengan cergas aku jawab "Only You"....


...dan aku dapat bawa balik botol White Spot ni, complete berisi.
(errr, sebotol je bukan tiga, ini hanya ilusi optik...)



kuiz diteruskan...





hadiah kuiz kepada collector termuda yang turut serta


Bro Acidwelding pun dapat juga, tahniah bro.


Akhir sekali, ucapan terima kasih dan pemberian souvenir tanda penghargaan kepada saudara Azlan, taukeh Ipoh Station Antique Cafe.






Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadikan Botologi Hi Tea satu kejayaan, semoga the next one is not that far away.