Saturday, March 24, 2012

Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...bhg 4

Lepas Milo, Nestea pula. Di bawah ni aktivti free sampling sedang berjalan.


Di bahagian belakang pula, sangat meriah suasananya. Setiap peserta yang mengambil bahagian perlu berada di dalam bulatan dan menari dengan sepenuh hati sambil menggoncangkan botol Nestea (yang penuh dengan ayaq Nestea).



Kata pengacara, "saya mahu lihat peserta berpeluh macam saya, dan kalau dahaga boleh minum air Nestea yang baru digoncang tu...". Sampai tergelak la si Gadis Nestea...


Ini pula area Nestlé Bliss, minuman yogurt.


Seorang Chef berkaliber sedang menerangkan resepi yang menggunakan Nestlé Bliss.



Dari jauh lagi sudah kelihatan ramai pengunjung di tempat Maggi.


Rupanya sedang dijalankan soalan trivia  Maggi.


Di antara soalan yang diajukan adalah, ada berapa perisa mee Maggi di pasaran...


Dan pastinya, sesiapa yang terpantas menjawab dengan tepat akan menerima hadiah (boleh tahan juga beg Maggi tu...).


Bagi yang ingin berkongsi pengalaman bersama Maggi, bolehlah menulis dan lekatkan di sini.


Sos Cili Maggi mai dari sini la.....


Ini pula adalah kaunter kentang putar Maggi Mash.


Ramai yang beratur untuk test kentang putar nih, termasuklah si tukang susun kotak.


...sambil pekena, jangan lupa minta paper cup...hahaha.


Yang sebelah kiri tu maskot Maggi Mash, Mr. Mash dan disebelahnya...errrr, kawannya.


Tak sempat pula tengok yang ni...


Nestlé dan pemakanan kanak-kanak...




Ini pula area pelbagai produk cereal Nestlé.


Tiba-tiba ternampak pula dua ikon dunia masakan Malaysia, iaitu Dato' Chef Ismail...


dan Chef Florence Tan.


Keduanya sedang mengacarakan permainan teka-yang-mana-satu Koko Krunch di dalam empat bekas yang disediakan.


Teka dengan tepat dan peserta akan dihadiahkan dengan sekotak Koko Krunch.


Nestlé Health Science, boleh dapat nasihat pemakanan dan kesihatan di sini.


Bagi penggemar kucing pemeliharaan, bolehlah ke booth Friskies.


Kalau tunggu sampai pukul empat petang, boleh bertemu dengan Sazzy Falak..... ahaaa.


2 comments:

fairus said...

ADUHAI... MACAM ESOK JE SAYA NAK TURUN KL LAH...

Spallan said...

hehehe...rileks bro. kalau nak pi pameran, hujung minggu baru best, ada macam-macam aktiviti. tapi jangan lupa check jadual kat sini dulu... http://www.nestle.com.my/Media/Events/Pages/pameran_100_tahun.aspx