Wednesday, March 28, 2012

seratus tahun ku tunggu...

Pertama kali aku jumpa kotak promo Nescafé  sempena perayaan 100 Tahun Nestlé Di Sisimu bukanlah seperti yang di bawah ini. Kalau anda ingin tahu macamana rupanya, silalah klik di sini. Ahaaa... dah nampak perbezaannya dengan yang bawah ini? 

Ok, yang di bawah ini barulah betul, baru ada mug edisi terhad 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Yang ini mula-mula aku ternampak di blog bro Iaryylr. Lepas tu merata juga aku cari, tak jumpa-jumpa. Takpa lah, mungkin stok belum mari. Tiba-tiba, pada suatu malam tu aku menerima es-em-es daripada bro frightrice memberitahu bahawa beberapa kotak promo Nescafé telah kelihatan berlegar-legar di kedai peranchis dan dijual pada harga yang betul-betul patut. Aku pun tak lepaskan peluang dan akhirnya aku dapatlah (dua tiga) kotak promo dan mug Nescafé nih.







keluarga bahagia...


...ooops, tertinggal pula penutup jag tu.

5 comments:

iaryylr said...

Syabas bro, saya belum dapat lagi sudu tu, ha ha ha, tapi jag tu ada setakat ini saya jumpa 2 jenis penutup, nie boleh buat kenduri nescafe nie, tak apa, harga mug ini akan datang boleh cover sikit atau lebih kembali :)

shootbirdhero said...

Glad you have it at last!!!!
Bro, yg mug edisi 100tahun ni plastik atau porcelain? How's the quality?

fairus said...

100 TAHUN BARU KELUAR.. DAHSYAT JUGA TU..

frightrice said...

Ini kena betul-betul masuk kotak, keluar kotak sekejap, eh letak masuk kotak balik, eh keluar balik tengok. Mug ni memang classic!

Spallan said...

iaryylr...tq bro, tapi bro, ada dua jenis penutup? kena cari tuh... :)

shootbirdhero...mug kaca bro, warna merah dengan tulisan 100 tahun tu dalam ink gold. kualiti memang ok.

fairus...hahaha, memang dahsyat.

frightrice... betul tu, masuk kotak dengan kotak-kotaknya sekali :)