Tuesday, March 27, 2012

sabar, sabaaar...

Pada suatu masa dahulu pernah aku jumpa sudu yang hujungnya terlekat sebiji mug Nescafe (miniature) seperti di bawah tu. Namun oleh kerana waktu itu sifat menghimpun belum cukup tebal dalam diri, maka dilepaskan begitu sahaja sudu Nescafe itu.

Selang beberapa tahun selepas insiden tersebut, bila koleksi dah mula masuk kotak, teringat pulalah akan saat penemuan dengan sudu ber-mug ini. Timbul rasa kesal, "...kenapalah aku tak beli dulu, kalau tak mesti best dapat digandingkan dengan mug Nescafe yang ada sekarang ni". Kira burn lah tu, takkan jumpa lagi sudu-sudu tu.....



Tiba-tiba tahun ni, pada enam haribulan februari, aku terbaca pada blog Koleksi Aku Punyer!! cap Ayam je.... akan penemuan khazanah barangan souvenir di selatan negara dan di antaranya termasuklah sudu Nescafe ber-mug ini. Maka dengan sepantas kilat aku pun menghubungi tuan punya blog dan bertanyakan mengenai sudu-sudu tersebut. Dengan baik hati, tuan punya blog telah bersetuju dan menguruskan agar beberapa sudu dapat hadir dalam koleksi ...dah masuk kotak. Hahaha, akhirnya dapat juga aku sudu-sudu Nescafe ni, terima kasih bro...


5 comments:

nikths said...

syabas akhirnya....sabar tu separuh daripada iman.Allah nak bagi rezeki yang lain dulu baru bagi yang ni.Kenapa tak ambil banyak sikit?

iaryylr said...

Syabas bro, saya belum ada lagi yang ini hu hu hu

fairus said...

NAMPAK CANTIK SAJA SUDU TU..

Koleksi Aku Punyer!!! said...

sama2 bro...sama lah kita bertukar info dan jugak pandangan semoga koleksi kita akan terus maju dan maju pada masa akan datang untuk dijadikan tatapan bagi ank cucu cicit kita suatu hari nanti...he3..tolong menolong itu penting supaya hubungan silaturahim antara kita akan lebih erat dan akrab pada masa yang akan datang..INsyaAllah...

Spallan said...

nikths...betul tu bro nikths. ehem, dah tentu lebih dari satu...

iaryylr...tq bro

fairus...memang cantik, hujungnya sebiji macam mug nescafe

Koleksi Aku Punyer!!!...yeahhh bro, muafakat membawa berkat, sama-sama kita kongsi sumber yang ada untuk kepentingan bersama