Wednesday, March 21, 2012

Pameran 100 Tahun Nestlé... bhg 4

Inilah dia lorong yang harus dilalui sebelum meninggalkan pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Di sebelah kanan terdapat bermacam-macam gambar nostalgia sejak mulanya Nestlé di Malaysia dari tahun 1912 sehinggalah ke tahun 2012.



Di sebelah kiri pula, ucapan terima kasih daripada Nestlé di atas sokongan yang telah diberikan dan juga ruang bagi para pengunjung untuk menulis atau meninggalkan apa jua mesej yang ingin disampaikan kepada Nestlé...



Dirasmikan oleh...


Bermula dengan Anglo-Swiss Condensed Milk pada tahun 1912...





Perubahan pada logo Nestlé pada tahun 1966.




Logo berubah lagi pada tahun 1988 di mana cacing pada paruh ibu burung dihilangkan dan anak burung dikurangkan kepada dua...



Logo Nestlé sekali berubah, cuma kali ini diringkaskan sahaja...


Pelbagai gambar nostalgia pembabitan Nestlé dalam kehidupan masyarakat Malaysia, dari dahulu sehingga kini...






5 comments:

fairus said...

KALAU PAMERAN MACAM NI, MAHU BERJAM2 MELIHATNYA..

Azlan Huzairi said...

Barang Sentuhan Malaya difahamkan turut berada di Pameran ini

Spallan said...

fairus.....betul tu, layannn

Azlan Huzairi.....dah agak dah, lebih-lebih lagi bila nampak crown Nestle tu :)

iaryylr said...

wah, syoknya! terlepas pergi 100 tahun nestle di dataran, pergi muziumjerlah nanti :)

Spallan said...

iaryylr, ok tu bro, tapi kalau nak ke muzium check dulu jadual aktiviti yang ada..... http://www.nestle.com.my/Media/Events/Pages/pameran_100_tahun.aspx