Sunday, December 6, 2009

Beruang Buruan...

Pada tahun 1999 McDonald's telah mengeluarkan set McTeddy Bears ni, beruang kecil yang datang dalam keadaan bercouple dan berpakaian sedondon. Rakyat Malaysia masa tu sanggup beratur panjang (dan ambil cuti...?) demi mendapatkan beruang-beruang ni. Suratkhabar tempatan waktu tu melapurkan ada yang sanggup berkasar, mengetuk2 pintu dan berjerit2 untuk mendapatkan beruang kenit ni. Hebat betulla, rupanya ramai yang berjiwa collector kat Malaysia ni ya...
*
Aku ingat lagi, jika mana-mana outlet McD kehabisan stok beruang, maka bergegaslah macam ribut ke McD lain yang berdekatan. Sanggup tu sebab nak cukupkan set. Macamana pun, lari punya lari akhirnya letih juga, udahle kena beratur panjang masa nak order. Nak jadi cerita, pada suatu hari tu, sewaktu tengah layan beratur aku ternampak nombor telefon outlet McD bagi membuat pesanan melalui telefon. Aku pun apa lagi, terus saja keluar dari barisan, buka handphone dan order la apa yang patut dan kononnya akan datang ambil dalam masa 10 minit...dapat burger, dapat beruang...happy...


McTeddy Bears
28 beruang yang pandai memakai pakaian matching




Set kedua yang masih lagi dalam bungkusan.

2 comments:

farah said...

Beruang ni utk dijual ke? Saya interested nak beli kalau nak jual.

Spallan said...

terima kasih kerana berminat, tapi beruang-beruang bukan untuk dijual. maaf ya...