Wednesday, June 23, 2010

Del Monte Ketchup

Tak kiralah, catsup ka, ketchup ka, bagi aku yang masih kecik dulu, kalau kicap lah namanya, maka yang hitam dan cair tu lah dia kicap, bukannya yang merah dan pekat macam ni. Hehehe budak-budak, mana la reti kan.... Iklan yang dibawah ini adalah iklan sos tomato jenama Del Monte. Kalau dulu-dulu hanya ada yang tomato sahaja tetapi sekarang versi cili pun dah ada. Yang bawah sekali tu adalah packaging terbarunya.




4 comments:

Blues Riders said...

kat tempat BR kicap dipanggil "toyu". sos tomato del monte mengingatkan BR di tahun 1981 sewaktu berniaga burger menggunakan sos ini. sehari 5,6 botol mesti habis digunakan. botolnya disimpan utk dijual semula kpd k*l*ng botol.. rugi masa tu tak teringat pula nk simpan satu buat kenang2an.

Spallan said...

betul tu bro, kalau di utara toyu = kicap. Wah, power betul burger BR ni, pakai sos delmonte, confirmed sedap.. Tapi sayang bro, kalau ada simpan botol sos ni, siap dengan label kertasnya, pasti mengancammmm...

Blues Riders said...

mula berniaga burger hot dog & egg benjo dari tahun 1979 di a setar, waktu tu stall burger & bahan mentah susah dapat & tak banyak spt skrg. 2,3 hari skali turun butterworth amik stok daging di cold storage. roti tempah kt kilang roti.

pmbungkus pkai tisu & tracing paper. lengkap dgn salad, tomato, bawang, timun, cheese, pepper & sos botol. pkai planta sbgai minyak masak. bukan spt skrg, pkai sos & margerin bundle, sayur kobis. bahan mentah snang dpt, bungkus pkai wax paper.

tp botol sos tu klau disimpan lama ianya akan 'meletup'kan tudungnya, mungkin krn tindakbalas gas di dalamnya.

botol sos tu mmg byk sampai boleh jual kt sorang kontraktor untuk dijadikan pelapik tiang rumah (ditanam di dlm tanah).

tin planta (size besar) pun byk. tak sangka pula org skrg mencari benda2 tu semula.. klau tidak tentu BR dh jadi jutawan skrg. hehe..

Spallan said...

aduuuh, grill burger guna planta... pasti harummmm. memang betul cakap bro BR, sekarang ramuan dan peralatan nak bikin burger dah macam-macam dan senang nak dapat tapi..... apa yang bro BR lalui adalah cara ori nak bikin burger, ada passion ada essence...

pasal botol tu, wow, tak tahu pula boleh digunakan macam tu...

tin planta besar tu, kalau bro BR masih ada simpan banyak-banyak sampai ke hari ni, dah tentu teman nak adjust satu....

p/s burger taruh sliced tomato? susah mau cari sekarang bro.... classss