Saturday, March 31, 2012

mari beli, mari beli...

Iklan tumbler percuma KitKat Bites...



...dan bungkusan terbaru KitKat 6 Fun Pack.


Friday, March 30, 2012

setem seratus tahun ada...?

Hari ini dah Jumaat, esok Sabtu dan lusa pula Ahad. Kalau mengikut jadualnya, esok dan lusa geng Milo akan hadir di Muzium Negara dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang ke pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Bagi yang nak ke sana, ini ada barang yang aku baru discover, dan tak jumpa masa pertama kali aku ke pameran tersebut. Aku dapat tahu pun dari internet dan terus ke sana bila free...


Ahaaa...ni dia barangnya, setem 100 Tahun Nestlé Di Sisimu yang belum dikerat.


...ok, kita zoom-out sikit, kasi nampak keseluruhan helaian setem ini. Pada bahagian atas helaian ada logo Nestlé dan logo perayaan 100 Tahun Nestlé Di Sisimu dan terdapat duapuluh setem bernilai enampuluh sen setiap satu, menjadikan harganya dua belas ringgit setiap helaian.


Kepada yang berminat untuk memilikinya, sumber-sumber dari alam maya mengatakan setem-setem ini hanya boleh diperolehi di Muzium Negara sempena pameran ini berlangsung dan sehingga stok masih ada. Jadi, kiranya takdalah dijual di mana-mana pejabat pos dan yang seumpama dengannya.

Pengalaman aku masa beli hari tu (dijual di kaunter tiket pameran), staf yang bertugas memberitahu yang diorang ni takda beg plastik atau apa-apa yang boleh digunakan untuk membawa setem-setem yang baru dibeli ini. Jadi, terkonteng-kontenglah dua helaian setem ini terpaksa dipegang begitu saja. Dahlah time tu angin pun tengah kuat (ala terkelepet helaian setem dihembus angin) dan hujan pula macam nak turun. Setem kalau dah kena air, habis ceritalah.....

Maka, dengan segala hormatnya aku ingin mencadangkan kepada sesiapa yang hendak mendapatkan helaian setem ini, bawalah folder plastik ka, atau yang seumpama dengannya agar mudah dan selamat untuk membawanya ke sana ke mari sambil menikmati pameran dan aktiviti yang dijalankan...

Ok, di bawah ini pula adalah folder setem berisi lima keping setem enampuluh sen dalam pelbagai warna (seperti di atas) dan berharga lima ringgit setiap satu folder. Menarik, dengan imej produk Nestlé zaman silam. Kalau nak tengok macamana rupa dalamnya, silalah klik di sini.


Dua helaian setem campur lima folder setem, jadi empat puluh sembilan ringgit. Dan ini dia resitnya.


Flyer yang sempat aku ambil buat souvenir...


Thursday, March 29, 2012

bila Nestlé dan HotWheels berpakat...

Ini dia promo Nestlé Breakfast Cereal yang dijalankan di Jusco Midvalley awal bulan hari tu. Kalau ikut iklan tu, dengan membeli cereal berjumlah enampuluh ringgit ke atas, pembeli akan dihadiahkan dengan baucer Jusco bernilai sepuluh ringgit. Aku tidaklah membeli sebanyak itu...


...cuma tiga kotak ini saja. Itu pun sebab nak complete-kan set tiga biji kereta biru-kuning-hitam macam di bawah tu. Macamana pun, ketiga-tiganya tetap di beli pada harga promosi, iaitu lebih murah daripada harga biasa. Dahlah beli murah, lepas tu dapat mula bermain pusingan roda ala roda impian dan berjaya menang beberapa lagi produk Nestlé.





Tak cukup dengan itu, dapat pula poster HotWheels Collection 2011 dan wallet HotWheels daripada geng HotWheels yang menjalankan promosi ini bersama dengan Nestlé Cereal. Sebenarnya nak dapat wallet ni kenalah main gamenya tapi biasalah, berbekalkan ilmu ayat power yang tak seberapa nih, Cik Amoi pun bagi saja lah...


Selain itu, dengan membeli tiga kotak cereal seperti di atas tadi, ini melayakkan aku membeli set track HotWheels pada harga istimewa. Hahaha... memandangkan majlis harijadi  anak buah aku pun dah dekat (masa tu), jadi aku angkat le dua set. Set pertama adalah HotWheels 4-Lane Elimination Race dengan kereta percuma bernama Boneshaker.




Ini dia tracknya bila siap dipasang. Kita saksikan, Porsche 911 GT3 RS dan lawan race dengan Dodge Challenger Drift Car, siapa yang tera...




Dan ini pula adalah HotWheels Starter Set Stunt Pack dengan keretanya Krazy 8S.






Seronok le anak buah aku tu. Jangan Uncle dia ni pinjam bawa balik sudah...kahkahkah.

Wednesday, March 28, 2012

seratus tahun ku tunggu...

Pertama kali aku jumpa kotak promo Nescafé  sempena perayaan 100 Tahun Nestlé Di Sisimu bukanlah seperti yang di bawah ini. Kalau anda ingin tahu macamana rupanya, silalah klik di sini. Ahaaa... dah nampak perbezaannya dengan yang bawah ini? 

Ok, yang di bawah ini barulah betul, baru ada mug edisi terhad 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Yang ini mula-mula aku ternampak di blog bro Iaryylr. Lepas tu merata juga aku cari, tak jumpa-jumpa. Takpa lah, mungkin stok belum mari. Tiba-tiba, pada suatu malam tu aku menerima es-em-es daripada bro frightrice memberitahu bahawa beberapa kotak promo Nescafé telah kelihatan berlegar-legar di kedai peranchis dan dijual pada harga yang betul-betul patut. Aku pun tak lepaskan peluang dan akhirnya aku dapatlah (dua tiga) kotak promo dan mug Nescafé nih.







keluarga bahagia...


...ooops, tertinggal pula penutup jag tu.

Tuesday, March 27, 2012

sabar, sabaaar...

Pada suatu masa dahulu pernah aku jumpa sudu yang hujungnya terlekat sebiji mug Nescafe (miniature) seperti di bawah tu. Namun oleh kerana waktu itu sifat menghimpun belum cukup tebal dalam diri, maka dilepaskan begitu sahaja sudu Nescafe itu.

Selang beberapa tahun selepas insiden tersebut, bila koleksi dah mula masuk kotak, teringat pulalah akan saat penemuan dengan sudu ber-mug ini. Timbul rasa kesal, "...kenapalah aku tak beli dulu, kalau tak mesti best dapat digandingkan dengan mug Nescafe yang ada sekarang ni". Kira burn lah tu, takkan jumpa lagi sudu-sudu tu.....



Tiba-tiba tahun ni, pada enam haribulan februari, aku terbaca pada blog Koleksi Aku Punyer!! cap Ayam je.... akan penemuan khazanah barangan souvenir di selatan negara dan di antaranya termasuklah sudu Nescafe ber-mug ini. Maka dengan sepantas kilat aku pun menghubungi tuan punya blog dan bertanyakan mengenai sudu-sudu tersebut. Dengan baik hati, tuan punya blog telah bersetuju dan menguruskan agar beberapa sudu dapat hadir dalam koleksi ...dah masuk kotak. Hahaha, akhirnya dapat juga aku sudu-sudu Nescafe ni, terima kasih bro...


Monday, March 26, 2012

Milo duapuluh sen...

Biasanya cokelat Milo ini dalam bungkusan plastik saja kalau di pasaraya-pasaraya terkemuka. Tapi kat kedai borong makanan kanak-kanak, ada pula versi dalam balang yang macam ini...


Maka aku pun belilah satu. Tak sangka isinya boleh habis lebih cepat daripada yang dalam bungkusan plastik. Mungkin, lagi banyak, lagi cepat habis.....?


 Takpa lah, boleh guna balang ini buat simpan Milo Sejuk pula...


Sunday, March 25, 2012

yang free saja...

Apakah souvenir yang diperolehi dari Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu? Sebenarnya  tak banyak yang aku dapat, kecualilah kalau aku masuk kesemua pertandingan yang dijalankan, barulah berkoyan-koyanlah souvenir yang boleh diangkut pulang, hahaha. Oleh kerana sifat pemalu yang agak menebal di usia begini, maka yang free sajalah yang dapat aku bawa balik.

Ok, yang di bawah ini ceritanya begini. Sewaktu aku baru nak sampai ke tapak karnival, keadaan cuaca seperti nak hujan malah setitik dua rintik hujan dah pun turun. Oleh sebab itu para pengunjung yang baru hadir ke khemah karnival dihulurkan baju hujan dan gelang getah 100 Tahun Nestlé Di Sisimu yang matching warnanya. Baju hujan merah, gelang pun merah, begitulah seterusnya. Dan disebabkan ada tiga warna yang diedarkan, maka terpaksalah aku usahakan sampai complete  kesemua warnanya diperolehi, barulah cukup setnya...






Ini pula adalah penanda buku daripadapa Milo. Yang ini aku dapat dari maskot Milo Kotak.



Inilah dia beg shopping Nescafé yang diperolehi setelah menjawab soalan (borang) trivia Nescafé. Masih dalam keadaan berlipat, belum buka pun lagi...


Yang selebihnya adalah souvenir paper cups yang sempat di kumpul dari booth-booth yang mengambil bahagian. Di bawah ini adalah paper cup Maggi Mash, produk kentang putar daripada Nestlé. Jenuh juga aku nak jelaskan kepada krew yang bertugas yang aku ni nak cup-nya saja, kosong dan tanpa isi....




Yang ini tak payah ceritalah, semua orang pun tahu, favourite kan.... Paper cup ini special sikit sebab ada logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu.




Cup Nespray ni pun aku minta buat souvenir...


Dan yang akhir sekali, aku tak pernah dengar nama ni, rasa pun tak pernah sebab tak sempat try hari tu (kaunter belum dibuka). Katanya berperisa nenas, tak tahulah, tak pasti. Apa-apa hal paper cup kasi settle dulu...