Thursday, May 31, 2012

Coffee Bean tapi bukan di Coffee Bean...

Paper cup special Coffee Bean yang tak boleh dapat di kedai Coffee Bean. Ahaaa.....kenapa ya? Sebab paper cup ni digunakan untuk mempromo mesin membuat kopinya yang diberi nama CBTL Single Serve Beverage System. Jadi, lepas puas testing, mesinnya tinggal, paper cup ikut balik la.....










mau jerit sikit...

Yang ni betul-betul free. Tak payah beli apa-apa, tak payah test minum apa-apa dan tak perlu mengayat Cik Amoi dengan pelbagai janji manis untuk membeli dua tiga pek mahu pun sekarton dua. Tapi....ahaaa, seperti biasalah, drama Melayu mesti ada tapinya.... Syarat untuk dapatkan buku nota bermagnet Dutch Lady ni ialah, aku kena menjerit "Go Malaysia Go" sambil dirakam oleh Cik Amoi dengan kamera videonya, dan lepas tu tulih nama dalam borang barulah dia bagi aku sebiji.....


Wednesday, May 30, 2012

sejak 1972...

Dah empatpuluh tahun rupanya umur restoran Tony Roma's ni, cuma di Malaysia rasanya belum sampai sepuluh tahun pun lagi. Macamana pun souvenir fridge magnet ni aku dapat masa pi makan di situ. Syaratnya....order satu makanan utama dapat spin wheel-of-fortune-nya dua kali. Sebenarnya kedua-dua spin aku tu tak mengena apa-apa pun dan mungkin kerana kasihan melihatkan nasib aku yang kurang baik tu, cik waiter bagi juga la souvenir fridge magnet ni kat aku. Kira macam markah kesian la.....hahaha.



Saturday, May 26, 2012

Optimus Prime dan Air Asia...

Sewaktu adik ipar aku naik Air Asia hari tu, aku ada pesan minta belikan playing cards Air Asia. Tak sangka pula dia belikan versi special Transformers Dark Of The Moon. Lagi bagusss, hahaha. Terima kasih nooo...







Friday, May 25, 2012

dah jumpa...?

Ada Milo baru di pasaran... 




Thursday, May 24, 2012

sedap tetap sedap...

Sekali pandang macam biasa je. Macam dah pernah tengok paper cup ni ya tak...? Dua tiga malah empat kali pandang pun dok serupa tu juga, takda apa beza punnn...


Takpa, mai aku pusin' sikit paper cup ni. aaa tu diaaa....nampak tak bezanya. Tak nampak juga? Oklah bezanya kat bawah, sebelah kiri. Paper cup Milo Sejuk sebelum ni takda log/tulisan ProtoMalt tetapi yang baru ni ada. Ahaaa...itulah perbezaanya. Tapi jangan risau, rasanya tetap sama, tetap best.....



oh ya...kalau nak tengok perbezaanya dengan paper cup yang dulu, kenalah cari kat posting lama nooooo...


lynata, macoco dan soursopco...

Coaster kadbod dari minuman jus Fruit Tree. Angkat dua pek dapatlah satu set... 









Wednesday, May 23, 2012

ada caranya...

Terbaru dari Coffeemate. Paper cup dengan teknik bancuh Nescafe yang sempurna...mmmmm.




seratus resepi, seratus tahun disisi...

Pastinya ada di kalangan pembaca yang pernah melihat borang seperti di bawah ini. Ia merupakan borang untuk menebus Buku Resepi Edisi Terhad 100 Tahun Nestle yang dianjurkan oleh Maggi.



Bila aku tengok je gambar buku resepi kat borang ni, nampak macam biasa je. Macam desk-top calendar biasa, nipis dan tak bermaya... Aaaaah, malaslah nak kumpul.


Tetapi......bila aku berkunjung ke kedai hijaukuning hujung minggu baru ni terkejut aku tengok benda yang sebenarnya. Datang siap dengan slip-casenya yang tersendiri dan bersaiz hampir sama besar dengan kertas A4...



Dengan cergas aku pun belilah pek Maggi yang diperlukan untuk menepus senaskah buku respi ala kalendar ni. Brader Maggi yang bertugas memberitahu aku yang dia hanya ada sepuluh naskah untuk ditebus dan aku adalah orang kelima yang dah claim... 

Dan inilah dia Tuan-tuan dan Puan-puan, Buku Resepi Edisi Terhad 100 Tahun Nestle.


Bawah ni angle yang aku ambil, baru le nampak tebal sikit. Tak macam gambarnya yang dalam borang tu, nipiiiiis...siapa mau claim.


...logo mahal masa kini.


...siapa punyaaa?


Dikatakan, versi Bahasa Malaysia pun ada, tapi hari tu Brader Maggi bawa versi inggeris saja...


...isi kandungnya


mai kasi rapat sikit...







Haaaa...macam ni lah rupanya buku resepi ni. Ada pelbagai resepi masakan rakyat Malaysia...







Di bahagian Chef's Dishes pula, inilah diantara Chef-chef yang memberikan resepi mereka...

Chef Muluk yang sentiasa ada di mana saja Maggi ada membuat promo...


Chef Joe yang "Legend"...


...dan Cik MasterChef Malaysia


...kalau ada soalan, bolehlah contact Maggi kat bawah ni.


Oklah, sekiranya ada yang berminat dengan buku resepi ni, ini dia sedikit info bagaimana cara dan syarat-syaratnya...