Thursday, May 3, 2012

naik beca ka van...?

Sewaktu ke Pulau Pinang hari tu, sempat le aku singgah di Hard Rock Hotel. Masuk je tempat parking, ternampak akan van Hard Rock nih...





Lepas tu jumpa pula beca untuk Rock Star nih...



Ok, tanpa membuang masa, aku pun terus ke Rock Shop-nya, nak tengok apa ada.....





Asalnya, frame di bawah ni diberikan percuma kepada pengunjung yang menginap di Hard Rock Hotel sewaktu promosi Anniversary-nya yang kedua. Sekarang di offer pula kepada sesiapa yang berminat pada harga seratus ringgit.Menarik tuh...


Yang di bawah ni pula lagi special. Di gantung pada kiri dan kanan kaunter cashier, kedua-duanya bukan sekadar perhiasan tapi untuk dijual seperti  yang tertera pada framenya. Tetapi, musykil punya pasal... ya lah, kat frame rekod tu ada tulis seratus ringgit, kat frame gitar dua biji ni takde pula di tulis harganya, tulis for sale  saja..... Maka aku pun bertanyalah pada brader rocker yang bertugas, berapakah gerangan harga kedua-dua item serba indah ini, manalah tau kalau kena gaya dan caranya, bolehlah hamba masuk meminang. 



Maka brader rocker pun menjawab, harganya lima ribu ringgit serba satu... Aduuuuh, dengan perlahan-lahan aku pun bergeraklah ke area bawah ni, kecik sikit gitar-gitarnya, kecik sikit reganya, hahaha...





...dan inilah dia pin-pin yang berjaya dipilih untuk join koleksi ...dah masuk kotak

Hard Rock Hotel Penang Butterfly Pin






Hard Rock Cafe Penang Couture 3D Pin





Hard Rock Hotel Penang
Do Not Disturb Pin






Aikkk...dulu bagi free jer beg-beg nih, sekarang sudah kena caj. Tak baik tau.....


3 comments:

fairus said...

TERBAIK DARI HARD ROCK.. HEHE, TAK PERNAH PERGIPUN..

iaryylr said...

wah, yang 100 tu o.k jer nampaknya kalau sambar....

Spallan said...

fairus...tq bro

iaryylr...tu lah dia, pegang dah dua tiga kali, cuma nak angkat je jadi ke tak jadi...hahaha