Friday, May 4, 2012

Nestle kat Penang la pula.....bhg1

Ini dia destinasi aku pada Sabtu yang lepas, iaitu Straits Quay di Pulau Pinang.


Tujuan aku ke sana?  Untuk mengunjungi Pameran Nestlé  Nourishing Malaysia yang diadakan sebagai salah satu acara sambutan 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Pameran yang berlangsung selama tiga hari di Straits Quay Convention Centre ini bermula pada Jumaat 27 April dan berakhir pada Ahad 29 April.


Ok, naik saja lif ke tingkat empat dan selepas mendaftar diri dan di chopnya tangan aku ni, aku pun bergerak ke pintu masuk. Tapi sebelum masuk, sempat aku minta izin pada anggota RELA yang mengawasi pintu masuk untuk aku ambil gambar yang di bawah ini semuanya...










Ok, jom masuk...


Seperti pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu di Muzium Negara Kuala Lumpur, pameran di Pulau Pinang ini dimulakan dengan sedikit intro sejarah kehadiran Nestlé di Malaysia serta sejarah kemunculan produk-produknya.



Dipamerkan juga beberapa poster/iklan/promo yang lama-lama cuma ini copy sahaja dan bukan originals.


Mat Kool.....dari 1997 sehingga kini


hehehe...tin Milo ni yang betulla...



Settle bab sejarah, pameran diteruskan dengan Nestlé School di mana sebuah mock classroom dibina dan pengunjung diberi sampel percuma Milo dan aiskrim Mat Kool.



Promo Milo di sini adalah Milo kotaknya yang baru sahaja diperkenalkan dengan "Lebih Padat Dengan Rasa MILO"...


...kalaulah boleh bawa balik display ni...hahaha


maskotnya...siap dengan strawnya sekali


ada baloon free?


Di pameran Nestlé kat Penang ni berbeza sikit dengan yang di KL. Takda sebiji lori Milo pun kelihatan, ya lah, pamerannya dibuat dalam ruang konvensyen, mana ada lori boleh masuk, kat tingkat empat pula tu... 

Tapi takpa, walau pun tak dapat Milo dari lori feveret tu namun brader kat bawah ni adalah penggantinya. Di sentiasa berlegar-legar di ruang konvensyen sambil menghulurkan Milo kotak yang sejuk lagi menyegarkan. Asal lalu saja depan dia, dia hulur sekotak.....


ahaaa... baloon Milo kotak


Lori Milo 1950an,
...dari karnival Nestlé di KL, kini di Penang.



Siapa mau aiskrim Mat Kool.....?


Senarai aktiviti di Nestlé School.


Boleh cuba slam dunk, tapi bagi yang berumur tujuh hingga tiga belas tahun sahaja.



2 comments:

fairus said...

WAH.. NAMPAK MACAM LEBIH MENARIK..

Spallan said...

fairus...lebih menarik dari segi free sampling bro. tak macam KL punya, yang ni depa siap panggil suruh try, "mai rasa cendol ni, ada ice cream", "mai rasa mee maggi ni", "mai rasa air sjora ni", "mai try nescafe ni", "mai sini, ada ice cream boleh cuba...", dan macam-macam "mai" lagi ada. betul-betul kenyang kita dibuatnya...alhamdulillah.