Sunday, January 30, 2011

Botologi Hi Tea


Setelah berjaya dengan event Buy, Sell and Trade Soda Beverages pada tahun 2010, kini team Botologi Malaya kembali lagi dengan sebuah event yang menggegarkan seluruh Malaya dan isi kandungnya. Bertempat di Ipoh Station Antique Cafe di Puchong Selangor, tarikh duapuluh sembilan januari telah berkumpul angkatan collector tanahair dengan minat yang satu...BOTOL!!!
.
Bermula dengan acara pendaftaran, para collector disajikan dengan pelbagai aktiviti yang direncanakan khas bagi semua yang hadir...



Bagi memulakan majlis,
kata-kata aluan dari pihak penganjur, Megat.


Seterusnya oleh Wong Chin Chai ...


...dan wakil collector-collector Johor.


Selesai sessi ucapan, apa lagi....makan time. Sambil makan, sambil sembang. Mana-mana collector yang selama ini hanya kenal di alam maya, kini dapat bersua muka dan bercerita. A big hand to the Penganjur kerana menjalankan usaha murni seperti ini.

Dalam kehangatan bersembang, tibalah masa penayangan filem ekspedisi lima hero Botologi Malaya, Megat, Sham, Nazrin, Amir dan Mat Wey. Klip ni memang best tapi bagi yang tak sempat menyaksikannya, diharap sempat layan sewaktu ulang tayang dijalankan. Macamana pun ceritanya boleh juga di baca di blog Botol Soda.



Disamping penayangan filem, makan-makan dan sembang-sembang, ada juga koleksi yang dipamirkan dan sedia untuk dijual kepada yang berminat. Harga "adik-beradik" bak kata Blues Riders. Antara barangan yang ada...






...t-shirt yang ditandatangani
oleh collectors yang hadir



Di luar cafe, sepuluh tapak parking telah disediakan oleh penganjur bagi collectors untuk "buka table" atau "buka boot" bagi collectable items yang hendak diperniagakan atau trade sesama collectors.








...memang meriah,
memang happening,
memang best


disamping botol-botol yang rare dan "very-the-elusive", ada juga kasut Bata tapak merah,

gelas, mug, tin rokok, ashtray,

ubat gigi, shampoo, kad,


t-shirt dan macam-macam lagi.


Paper cup Coca-Cola, souvenir dari Juddhebat.
Thanks Bro...

...suasana kemeriahan collectors
di hadapan Ipoh Station Cafe


kasut Aliph pun ada...


mangkuk F&N bagi yang berminat


kordial Red Horse, sos HP dan Del Monte
(siap dengan pengasah pensil berbentuk botol sos)


Anda mahu?
Kena runding dengan Blues Riders.




Satu lagi aktiviti yang menarik minat collectors yang hadir, acara Kuiz yang menjanjikan hadiah botol-botol yang rare lagi sukar diperolehi.



Ahaa, yang bawah tu aku punya. Soalanya, apakah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Megat dalam klip filemnya. Dengan cergas aku jawab "Only You"....


...dan aku dapat bawa balik botol White Spot ni, complete berisi.
(errr, sebotol je bukan tiga, ini hanya ilusi optik...)



kuiz diteruskan...





hadiah kuiz kepada collector termuda yang turut serta


Bro Acidwelding pun dapat juga, tahniah bro.


Akhir sekali, ucapan terima kasih dan pemberian souvenir tanda penghargaan kepada saudara Azlan, taukeh Ipoh Station Antique Cafe.






Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menjadikan Botologi Hi Tea satu kejayaan, semoga the next one is not that far away.

4 comments:

Iaryylr said...

Selamat Terhibur Bro, Memang Syok semalam, permulaan yang menarik!. Terus Kumpul! Terus Usaha!

Spallan said...

Yeahhh, memang terbaikkk event tu. Harus diteruskan...

MgtBobber said...

Terima kasih banyak-banyak bro kerana support event semalam. Event yang pertama kali dianjurkan dan mendapat respond yang amat baik dari semua collector dan diharapkan akan ada lagi aktiviti sebegini tak lama lagi dan sentiasa diteruskan sampai bila-bila, yang penting support dari semua collector atau blogger amat-amat diperlukan. Terima kasih lagi sekali bro!

Spallan said...

Jangan risau Bro Megat, bab support insya'Allah seratus sepuluh peratus saya bagi, no problemo. Terima kasih daun keladi, ada event saya musti mari...