Inilah dia Hard Rock Cafe Melaka yang baru sahaja dilangsungkan majlis perasmian/pembukaan besar-besarannya pada duabelas Jun yang lepas.
Dan ini pula adalah subjek fotografi paling famous kat Hard Rock Cafe ni. Kamera besar, kamera kecik, kamera tebal, kamera nipis, kamera phone, kamera mainan...semuanya akan ditala ke sini bila lalu saja depan Hard Rock ni. Tak percaya? Kena la pi tengok sendiri. Aku sendiri pun ambil gambar gitar ni...
...dua kali, hahaha.
Bagi yang biasa datang ke area Jonker Walk, pastinya faham sangat betapa sukarnya nak dapatkan tempat letak kereta dan Hard Rock Cafe ni pula terletak betul-betul di permulaan Jonker Walk. Jadi kalau datang waktu hujung minggu, masak la nak cari parking. Tapi, nasib baik aku nampak ni...
Tempat letak keretanya terletak di bahagian tepi bangunan Hard Rock.
Harga parking.....
Kalau ikutkan senarai harga tu, sepuluh ringgit untuk dua jam pertama bagi non-guest. Tapi, kalau kita pi chop tiket tu dengan Cik Hard Rock yang bertugas, dapat le harga special lima ringgit saja. Seandainya time kita datang tu parking penuh (memang tak banyak ruang pun), jangan risau dan jangan gusar sebab brader-brader Hard Rock ada menyediakan perkhidmatan valet parking. Cajnya sepuluh ringgit untuk perkhidmatan valet dan lima ringgit untuk parking. Hmmm...bukan ke kalau dah bayar untuk valet, caj parking dah kira termasuk sekali? Hahaha...ajaib.
Lepas tu,
aku ternampak pula ni...
Ooooh...hadiah bunga-bungaan sempena perasmian/pembukaan Hard Rock Cafe Melaka.
Ini pula logo Hard Rock Cafe,
besaaar punya...
...yang mengadap Sungai Melaka.
Hard Rock Cafe Melaka
...nuuun di hujung sana.
Kat dalam Rock Shop, macam-macam yang ada di jual...mau tak mau saja. Yang di bawah ni, beg khas buat simpan koleksi pin Hard Rock.
Pin-pin yang ada dijual...
Beruang-beruang dengan rambut trojan.
Tankard...
Macam-macam baju ada.
Untuk si kecil...
Untuk si dia...
dan untuk yang masih berjiwa rock.
Macam-macam design ada, yang tergantung dan yang berlipat kemas. Tepuk dada, tanya selera. Pilih saja...
Bagi yang minat mengumpul shot glass,
versi Grand Opening pun dah ada.
Tapi bagi aku,
tujuan aku ke situ hanya satu...
...nak dapatkan pin
Grand Opening Hard Rock Cafe Melaka.
Yeahhh...
Hanya tiga ratus pin sahaja yang dikeluarkan, dan waktu aku sampai ke Rock Shop hari tu dengan adik aku, hanya lima biji yang tinggal. Adik aku beli dua, aku ambil dua...tinggal le sebiji lagi yang masih di display.
Ini pula pin yang dikeluarkan sempena tour Treasures of the Hard Rock yang berlangsung di Hard Rock Cafe pada 1-7 Jun. Boleh check maklumat lanjut di sini.
Dan ketiga-tiga button ni,
aku dapat free....
Beg kertas Hard Rock Cafe...
tak termaktub dalam undang-undang "sabtu-takda-beg plastik".
Jadi, tak perlu bayar duapuluh sen...hahaha.