Wednesday, June 12, 2013

...tak disangka-sangka

Hari Ahad lepas aku ke KL Sentral menghantar adik aku yang nak ke Ipoh naik keretapi. Duduk, makan, minum, sembang, bye-bye dan sebagainya, bila nak balik.....tu dia caj parking yang aku kena bayar, dua belas ringgit!!! Bukannya parking sampai ke petang, dua jam lebih saja. Tapi takpa.....hahaha, sebab macam-macam souvenir juga yang aku dapat di situ.


Ok, rupa-rupanya, masa aku pergi tu sedang berlangsung program ni...last day le kiranya hari tu.



Macam-macam booth yang ada.
Flyer/brochure ini aku dapat dari booth KTM. 



Yang ini pula dari booth Majlis Sukan Negara,
boleh lekat kat cermin kereta.



Penanda buku dari
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Alam Flora pula
bagi souvenir buku nota dan pen.



Yang siap dengan beg ini datangnya dari geng Putrajaya. Tapi nak dapatkan ni kena kena layan game dan jawab kuiz. Tak susah, mudah saja...



Di dalam beg ada flyer/brochure mengenai  tempat-tempat menarik di Putrajaya...



...dan sebiji mug Jambatan Putrajaya.



Tapi, yang paling best adalah booth Kementerian Wilayah Persekutuan selaku penganjur program ini. Kenapa...?


Ni dia....boleh dapat kad Touch'nGo percuma. Hanya perlu mengisi questionnaire sahaja.... 


...boleh dapat sekeping kad Touch'nGo yang berisi RM10 di dalamnya.


Dan juga satu booklet penuh nota post-it anika warna.


Oleh kerana aku pergi ke situ pun berdua, maka dapat le dua ketul kad Touch'nGo tu. Cover juga la parking aku yang duabelas ringgit tadi tu...hehehe.

3 comments:

gostansikit said...

Banyak tu ! Kira worth it la parking 12 hinggit =)

Mun Kit Tee said...

Wahhh!!! Banyaknya 'souvenir' yang kamu dapat!!! Cawan pun ada......

Spallan said...

Goh LinLin...Yezzza, memang berbaloi la...hehehe

Kit_LiuBei_97...souvenir yang sangat macam-macam