Tuesday, June 4, 2013

stamps? ....finish.

Baru-baru ni aku ada ke kedai hobi mengumpul setem dan matawang. Sedang dok layan tengok apa yang ada, tiba-tiba masuk dua orang putih dan terus menanyakan sang pekedai, "do you have new but used Malaysian stamps?". Sang pekedai pun menjawab dengan wajah ala-ala penyambut tetamu yang manis melecun, "Malaysians are very lazy to write letters, so we don't have any more new used stamps", sambil terus tersenyum. Tiba-tiba, angin pula aku dengar statement macam tu. 

Bukan "lazy", jangan le cakap macam tu, jaga sikit la martabat orang Malaysia. Cakap le orang Malaysia dah canggih, tulis surat pakai email je, nak cepat lagi pakai whatsapp ka, twitter ka atau yang seumpama dengannya. Kalau nak hantar barang, orang Malaysia pakai courier service je, PosLaju ka, DHL ka dan yang seangkatan dengannya. Semua ni mana ada pakai setem. Betul tak? Hahaha....

Sebagai contoh, tengok yang di bawah ni. Sekeping Aerogramme dari tahun lapanpuluhan atau sembilanpuluhan (aku tak pasti). Yang ini dari hotel Holiday Inn City Centre Kuala Lumpur. Dah agak lama juga Aerogramme ni, hotelnya pun dah tak wujud lagi di situ. Mana ada pakai setem...caj mengepos dah built-in dalam aerogramme. Hanya perlu tulis, lekat dan pos, sikit hari lagi sampai le...canggihhh.










6 comments:

JunAina said...

Bukan maksud dia nak menjatuhkan martabat org Melayu rasanya cuma dia direct tranlate Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu macam suruh buka kasut jugak...open your shoes tapi kalau sebetulnya bukan macam tu sebutannya.

Salam ukhwah.

Spallan said...

Pastinya bukannya niat pekedai untuk menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi dia memperkatakan tentang rakyat Malaysia secara keseluruhannya bila dia berkata, "Malaysians are very lazy to write letters..." dan bagi orang luar yang mendengarkan kenyataan seperti itu, dikhuatiri mereka akan menerima bulat-bulat apa yang diberitahu. Walau bagaimana pun, mungkin juga pekedai bermaksud untuk berjenaka dengan kenyataannya itu, tetapi dari raut wajah kedua-dua warga Britain tu, tidak pula saya lihat tersenyum malah kelihatan serius dan mengangguk seperti mengiyakan kenyataan yang diberikan. :)

shootbirdhero said...

"Malaysians are very lazy to write letters..."

Sekarang memang dh tak berapa ramai org yg masih menulis surat (betu-betul tulis dan pos). Dulu memang adalah.

Tapi ayat yg dilontarakn oleh pekedai itu terdengar di warga asing itu dijadikan pula "each Malaysian"

Jadi tak hairanlah wajah kedua-dua warga Britain nampak serius.

gostansikit said...

So true, I pon fed up dgr org cakap negatif walhal can same thing can be said in a nicer way.Takes time & tunjuk ajar, our country still considered muda lagi.

Spallan said...

shootbirdhero...betul tu. memang tidak dinafikan sekarang dah tak ramai yang menulis surat, apatah lagi jumlah yang menghantar kad ucapan yang juga turut berkurangan. company2 pula banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran pos sudah berbayar seperti mesin franking dan seumpama dengannya, perkhidmatan courier dan lain-lain lagi. jadi, mana nak jumpa "used stamps" sekarang ni... namun itu tidak memberikan alasan untuk mengatakan..."Malaysians are very lazy to write letters..."

Spallan said...

Goh LinLin...reminds me of a poster at my usual photocopy service centre which says "engage mind before engaging tounge". sepatutnya pekedai tu pikir terlebih dahulu apa yang hendak diperkatakan kepada warga Britain tu, jangan cepat nak kondem rakyat negara sendiri.