Friday, June 7, 2013

...akhirnya

Entri aku mengenai adik-beradik pinggan Coca Cola ini adalah pada sepuluh haribulan sembilan tahun duaribuduabelas. Kalau nak tengok, ada di sini. Masa tu aku hanya ada dua design saja daripada tiga yang ditawarkan. Agak keciwa juga sebab tak dapat nak complete-kan set pinggan ini.

Sebenarnya aku ada jumpa pinggan ini di jual di pasar karat dan tidak kurang pula di fb-fb tempatan, harga pun boleh tahan juga. Namun, stim-nya kureng le sikit daripada diperolehi secara souvenir. Jadi, aku rilek le dulu. Tapi tak sangka la pula, rilek punyak rilek dah hampir sembilan bulan berlalu...

Nak jadi cerita, pada awal bulan enam hari tu aku pi la makan kenduri kat JB. Lepas tu pi pula meronda kat The Zone, kompleks beli-belah bebas-cukai. Bukan nak beli atau cari apa-apa, saja nak jalan-jalan. Kat situ aku pun masuk la pasaraya dia. Kecik saja, tak banyak barang mungkin sebab tengah renovate. Tiba-tiba, di bahagian customer service aku ternampak akan almari kaca yang disusun dengan macam-macam barangan souvenir, dan ternampaklah satu stack pinggan-pinggan Coca Cola.

Apa lagi....dengan cergaslah aku ke situ. Harapan tu tidaklah setinggi gunung, tapi berbukit-bukit juga la untuk berjumpa pinggan yang dicari-cari selama ni. Jadi aku pun tanyalah kat brader yang jaga situ, boleh tak kalau nak tengok pinggan-pinggan Coca Cola tu sebab tengah dok cari satu design yang sampai sekarang masih lagi belum jumpa. Brader tu kata, boleh, takda masalah tapi promosi ni dah lama habis. Takpalah aku balas, nak tengok saja kot-kot ada. Check punya check, rupa-rupanya ada...berketoi-ketoi pulak tu.

Sambil tersengih panjang, aku pun tanya lagi la kat brader tu, "macamana cara kalau saya nak pinggan-pinggan ni, apa yang saya boleh beli supaya boleh dapat pinggan-pinggan ni?". Sekali lagi brader tu ulang, promosi ni dah habis tapi......kalau abang nak juga, abang beli sajalah air Coke botol besar tu.....



"Jadi, kalau saya nak tiga pinggan, kena beli tiga botol lah ya?"
aku tanya lagi.

Brader tu pun jawab,
"...takpa, abang beli sebotol cukup, saya bagi tiga pinggan ni".



Terima Kasih.....

3 comments:

Kit_LiuBei_97 said...

Tahniah/syabas! Dah ada complete set... Saya kagum juga sebab kadbod display pinggan dan iklan-iklan yang sepadan dengan pinggan2 tu pun dapat!!!

shootbirdhero said...

Bro, kat pasaraya tempat/bandar kecil, kadang kala dia orang jual berasingan (loose item). RM1 setiap satu katakan.

Never say never....haha

Spallan said...

Kit_LiuBei_97...tq, cuba se-complete yang boleh

shootbirdhero...betul tu bro. dijual berasingan dengan produk asal, boleh dapat extra income/sale