Tuesday, June 18, 2013

...nasib baik dapat

Pastinya ramai yang dah menonton filem Iron Man 3 ya tak? Aku ni baru je pi tengok, agak lambat sikit. Biasalah, nak tengok aman-aman, tunggu panggung kosong sikit...baru best. Tapi, apakah yang di bawah ini? Haaa...inilah dia iklan standee Iron Man 3.


Ada offer untuk dapatkan set klip besi berbentuk kepala Iron Man pada harga dua ringgit sahaja. Menarik? Sudah tentu!!! Sangat menarik hinggakan pada tayangan pertama set ini ditawarkan, habis lincin kesemuanya, takda satu pun yang tinggal. Kiranya aku pun tak sempatlah nak membelinya...


Walau macamana pun, bukan setakat bayar dua ringgit dah cukup untuk dapatkan set ni, tidak.... sebaliknya, kena beli combo dua ayaq dan satu popcorn ni dulu baru dikira layak untuk pi beli set klip besi tu. Haiii...macam-macam la kau GSC.


Tetapi...time aku pi tengok cerita ni, masa nak beli popcorn tu aku saja la tanya kat Cik GSC yang jaga kaunter f&b, ada lagi ka klip besi  'pala Iron Man tu?


Dia jawab, "...ada, tapi encik kena beli combo ni". Huh...pucuk di cita, ulam mendatang. "Bawa mai sebiji...sebiji dua ringgit kan?", aku kata. Cik GSC bersuara lagi, "bukan encik...satu kotak ni dua ringgit, dalamnya ada enam klip". Hussshhh, ini bukan lagi ulam mendatang, tapi dia mari complete dengan sambal belacan sekali, hahaha....kalau macam tu, bawa mai la dua kotak.


Maka inilah dia rupa set klip tu...
sorry, belum buka lagi.







4 comments:

Goh LinLin said...

Wahaha..tahniah ! Dah dpt pun !

Mun Kit Tee said...

Tahniah... 6 klip RM2 pun kira murah dah...... :)
Standee pun dapat...... sekeping macam tu ke, rasanya belakang ada kaki kan!?

iaryylr said...

aduh... ada lagi jugak dapat, ingat dah habis Bro!,,, syabas!

Spallan said...

Goh LinLin...yeahhh. biasanya bila diberitahu stok dah habis, takda harapan lagi le nak dapat. rupa-rupanya diorang tambah stok lagi...hahaha, rezeki...rezeki

Mun Kit Tee...betul sangat tu. standee tu ada penahan di belakangnya supaya boleh berdiri.

iaryylr...hahaha, nasib baik dapat bro. jom target tumbler superman pula...