Tuesday, July 6, 2010

2000AD & Judge Dredd I

2000AD adalah komik mingguan sains fiksyen keluaran British yang telah wujud sejak tahun 1977 lagi. Diterbitkan oleh IPC Magazines (yang kemudiannya Fleetway), komik 2000AD ni dah ada di Malaysia sejak dari permulaanya, cuma sekarang ni tak pasti ada lagi ke tak. Tapi yang confirmed, kat kampung dia di UK komik ni masih ada dan dah masuk isu seribuenamratus lebih…

Jadi apa yang specialnya komik ni? Ok, anda kenal dengan karakter filem Judge Dredd? Pernah tengok filemnya? Karakter Judge Dredd itu berasal dari komik ini la. Ia mula muncul sejak isu kedua 2000AD dan adalah hasil ciptaan John Wagner (penulis) dan Carlos Ezquerra (pelukis). Bagi yang belum kenal takpa, akan dihuraikan sedikit dalam posting yang akan datang.

Karakter-karakter atau siri lain dari komik 2000AD yang tak kurang hebatnya adalah M.A.C.H. Zero, Harlem Heroes, Ace Trucking Co., Strontium Dog, Flesh, Sam Slade Robo-Hunter, Nemesis, Slaine, A.B.C. Warriors (…ada dalam filem Judge Dredd), dan bermacam-macam lagi. Dan yang paling famous sekali dan wujud sampai ke hari ini (selain si Dredd) ialah Tharg The Mighty. Alien berkulit hijau dan bertocang putih yang mempunyai rosette (rosette of Sirius) di dahi. Kononya karakter ini adalah Editor bagi komik 2000AD, kiranya taukey besar komik ni la. Dan, pelukis-pelukis komik ini pula semuanya adalah robot-robot (pernah ditunjukkan dalam komik robot-robot ni dengan wajah yang dilukis seakan-akan wajah pelukis sebenar) suruhannya. Di antara perkataan dari planet asalnya (Quaxxann) yang sering digunakan adalah "Borag Thungg, Earthlet" (greetings, human), "Zarjaz" (excellent!), "Scrotnig” (good or exciting), "Squaxx dek Thargo" (friends of Tharg. often used in reference to loyal readers) dan "Splundig Vur Thrigg" (so long, farewell). Macam betul-betul wujud la pula.....


komik 2000AD dari tahun 1982
menggunakan kertas ala-ala suratkhabar


murah saja, seringgit duapuluhlima sen
(untuk komik yang didatangkan dari UK, kira OK...)


*
yang ni dari tahun 1984



harga dah naik jadi
seringgit empatpuluhlima sen



2000AD Annual 1984



2000AD Annual 1990
(yang hijau tu la Tharg The Mighty)



2000AD Annual 1991



2000AD isu #1033 (1997)
edisi khas sempena 20th anniversary
(setiap keluaran komik 2000AD diberi nama Prog,
contohnya, isu ini adalah Prog 1033)




2000AD Prog 1000 (16/7/96)
didatangkan siap berbungkus plastik
sebab ada free giftnya....


ni dia giftnya
replika komik 2000AD Prog 1



The Best of 2000AD Issue 117 (June 1995)
koleksi cerita-cerita terbaik




The Best of 2000AD Special Edition #2 (1994)



Tharg The Mighty Database
(untuk menyimpan data chips mengandungi
info karakter-karaker 2000AD)



data chipsnya...


wallet 2000AD



1 comment:

Spooky P said...

Pegh! Aku ingat komik ni..Dulu2 aku ingat aku ni retard sebab baca komik yg org lain tak tau. Tapi aku tak peduli sebab komik 2000ad ni best gila! favourite aku adalah Rogue Trooper ngan Hewligan's Haircut. Masa tu Jamie Hewitt belum famous ngan Tank Girl dia lagi..HAhahahahaha!! Mengimbau memori!!!Macam Klasik FM daa!! Keep up the good work bro!