Sunday, July 4, 2010

Zero Hour: Crisis In Time

Ini adalah poster keluaran DC Comics sempena sirinya yang bertajuk Zero Hour: Crisis In Time pada tahun 1994. Ia mengisahkan Hal Jordan (Green Lantern) yang telah bertukar menjadi Parallax yang ingin memusnahkan keseluruhan DC Universe dan kemudiannya mencipta universe yang baru. Agak berat juga kalau nak diceritakan disini, tapi sikit lebihkurang, macam tu lah ceritanya.
*
Siri ini telah melibatkan hampir kesemua komik-komik DC masa tu dan bertujuan untuk menyelaraskan beberapa isu yang telah timbul sejak siri Crisis On Infinite Earths (1985). Komplikated juga dunia komik ni ya. Kembali ke siri yang ni, specialnya ialah komik utama yang membawa siri ini ada lima kesemuanya, dan telah diterbitkan dengan diberi nombor bermula dari #4 dan menurun hingga ke #0 (hingga ke zero hour).
*
Ok, poster ni agak best juga bagi aku sebab ia menunjukkan Batman yang terpaksa mengadap Superman dari versi dan timeline yang berbeza-beza (and vice versa), Superman dan Batman dari zaman empatpuluhan hinggalah ke yang terkini...



No comments: