Saturday, July 3, 2010

"hey dude, this is no cartoon"

...tagline movie ini.
Teenage Mutant Ninja Turtles asalnya bermula dari terbitan sebuah komik pada tahun 1984. Ia kemudiannya dijadikan siri animasi televisyen pada tahun1987 dan akhirnya dijadikan sebuah filem penuh aksi pada tahun 1990. Ceritanya adalah mengenai empat kura-kura (Leonardo, Michelangelo, Donatello dan Raphael) yang telah melalui proses mutasi hinggakan boleh bercakap dan bergerak seperti manusia. Kura-kura ini pula adalah dibawah jagaan seekor tikus (Splinter) yang menjadi guru/master/sensei yang mengajar kura-kura ni ninjitsu. Maka dari situlah datangnya nama Teenage Mutant Ninja Turtles. Dalam filem ni, kerja diorang ni adalah menjaga keamanan bandar diorang yang sering diganggu dan dibuat kacau oleh Shredder (villain cerita ni…)

*

Kad set ini pula agak berlainan dari biasa. Yang ni senang sikit dapat complete set sebab telah dijual dalam pek complete yang khas. Jadi aku beli dua pek sahaja dah dapat set complete yang mengandungi 132 kad dan 11 stickers. Dan seperti biasalah, set ini adalah daripada Topps dan telah dikeluarkan pada tahun 1990.



















No comments: