Wednesday, July 14, 2010

Planta dah 80...

Planta, marjerin kegemaran yang "dibuat daripada 100% minyak sayur tulen dan ditanggung halal". Dah lama ada kat Malaysia ni, sejak 1930 lagi katanya. Dan tahun ini ia menyambut ulangtahunnya yang ke 80. Dah tentu ada special gift kan... Takpa, sebelum tu kita layan tengok iklan brader kecik kat bawah makan roti dengan planta sambil naik basikal choppernya yang berkilat-kilat...


*
kita kasi zoom-in sikit...


*
selain dimakan dengan roti, buat bikin
kuih dan kek pun baik juga



versi dalam tin dan versi yang
dibungkus dengan kertas


inilah dia planta keluaran tahun 2010,
baru saja beli Ahad lepas


dan dengan pembelian setin planta, dihadiahkan kepada pembeli tin tabung planta edisi khas sempena menyambut ulangtahunnya yang ke lapanpuluh...


seperti mana tin-tin tabung yang pernah kita lihat, tin ini juga mengamalkan konsep "one-way-ticket". maksudnya, setiap duit yang masuk ke dalam tin, tak kira syiling mahu pun wang kertas, duit-duit tu semua tidak akan kembali lagi, tak akan dapat kita peroleh semula untuk digunakan, kecuali kita terpaksa korbankan tin dan buka guna pembuka tin (boleh pinjam pembuka tin ayam brand iaryylr, hehehe). tapi takpa, bak kata orang putih, "all is not lost". walau pun dah dibuka dengan pembuka tin, kita masih boleh guna buat letak pen, pensil dan yang seumpama dengannya.....



belakang tin yang dihiasi dengan kartun Lat



80 tahun sudah...



untuk perbandingan...


4 comments:

Blues Riders said...

basikal chooper itulah yang BR teringin sangat semasa kanak2 dahulu...

Fitri Osman said...

best..best...

iaryylr said...

Spallan , Bro, kalau saya planta memang sedap makan dengan roti tabur gula ..

Basikal Chooper tu yang menarik kalau ada satu..

Dan yang paling best hari ini dapat maklumat terkini hiburan sensasi iaitu tabung planta sempena 80 tahun.., esok kena gi dapatkanlah kalau ada jual sini.., Bro..,terima kasih!

Spallan said...

bro BR, tak payah time dulu, sekarang ni pun ada yang teringinkan basikal chopper tu...hehehe

bro fitri, memang best, makan pun sodap, dapat kolek tin tabung pun happy....

bro iaryylr, planta makan dengan roti tabur gula, aduuuuh... nikmat dunia nombor dua

sedikit info, kalau nak dapatkan tin tabung planta ni kena cari kat Tesco, rasanya kedai lain takda jual...good luck