Wednesday, July 7, 2010

2000AD & Judge Dredd II

Judge Dredd adalah sebuah karakter dari komik sains fiksyen British bernama 2000AD. Ia pertama kali muncul dalam siri kedua komik tersebut pada tahun 1977 dan sehingga kini masih lagi ada, alive and kickin’. Sedikit kisah si Dredd… Pada tahun 2066 (kalau masa 1977 dulu jauh lagi, tapi sekarang macam dah dekat je…), ada dua adik beradik bernama Joseph Dredd (Judge Dredd) dan Rico Dredd. Mereka berdua adalah hasil pengklonan DNA daripada Chief Judge Fargo, chief judge yang pertama dan sangat berkaliber. Pada usia 9 tahun (sewaktu masih lagi kadet judge), mereka berdua telah ditugaskan menjaga keamanan bandar. Memandangkan ketangkasan dan kecekapan yang amat menyerlah dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang telah diberikan, keduanya telah berjaya “grad” dari akademi dengan cepat dimana Rico mendapat tempat pertama dan Joseph mendapat kedua terbaik. Maka bermulalah karier mereka sebagai judge.
*
Seorang Judge (di zaman itu) menjalankan tugas sebagai polis yang juga mempunyai kuasa seperti mana seorang hakim dan juga sebagai juri, dan boleh menjatuhkan hukuman (sat-sat tu juga), bak kata orang putih, judge, jury and executioner. Ia akan membuat rondaan dengan menunggang motornya yang dikenali sebagai Lawmaster dan mempunyai pistol yang dipanggil Lawgiver. Antara perkataan yang sering digunakan oleh Judge Dredd bila menjalankan tugas ialah “I Am The Law”. Berikut adalah koleksi buku-buku Judge Dredd yang masih ada dalam simpanan.
*
















mahu jadi Dredd? kena pakai ni...

No comments: