Thursday, January 10, 2013

bateri sembilan volt pun dapat...

Dah lama juga aku dok pakai alat SmartTag ni, tapi satu hari tu SmartTag aku ni jahanam pula. Dah berapa tahun aku dok pakai, tiba-tiba hari tu wayarnya terputus. Jenuh aku cuba nak  adjust balik ....aduuuh tak berjaya, wayar haluihhh.  Jadi, untuk beberapa minggu selepas tu, kenalah guna kad TouchNGo saja, kena beratur la sikit bila nak lalu tol. Nak pi beli SmartTag yang baru, asyik tertangguh-tangguh...esoklah, nantilah dan macam-macam lagi, hahaha. Tiba-tiba satu hari tu adik ipar aku bagi tahu yang di office-nya tengah ada promo SmartTag, aku pun apa lagi, pesanlah sebiji minta tolong dia belikan. Dan bila dia mai nak pass alat ajaib tu, eh ada pula benda-benda lain yang ikut sekali, dapat free kata adik ipar aku. Hahahaha, ini dia benda-bendanya.....








2 comments:

Iaryylr said...

aduh! tak jadi nak beli dululah, comfirm ada free gift baru boleh beli lah nampaknya... mana tidak semua souvenir tu boleh menambah barang koleksi, sangat menarik! perghhh! alahai... :)

Spallan said...

hahaha...maksimakan belian anda, beli satu dapat lima free memang best :)