Aku ni dulu memang suka masuk contest. Kumpul wrapper itu ini, tulis borang elok-elok, stapler apa yang patut, isi dalam sampul dan pos. Haaa...tapi setakat rajin masuk contest je la, idak le pula rajin menang.....hahaha. Takpa lah, hari ini aku persembahkan peraduan sabun Fab dari akhbar Star tahun 1993. Boleh cuba nasib, boleh menang kereta baru wooo....
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
kopi oh kopi.....kopi O?
Pada hari Sabtu yang lepas, sekali lagi aku ke promosi sambutan ulangtahun Nescafé yang ke tujuhpuluhlima...
...cuma kali ini adalah promo yang diadakan di kedai biruputih di Puchong.
Seperti selalu, aku suka datang awal...time orang belum ramai. Bukan apa, senang nak ambil gambaq...hahaha.
Ok, ini dia syarat-syarat untuk dapatkan souvenir, beli banyak tu dapat yang tu dan beli banyak ni boleh dapat yang ini...tepuk dada tanya selera.
Tapi, kalau beli yang bawah ni, Cik Amoi kata no can do. Yang ini tidak dikira dalam jumlah belian untuk dapatkan souvenir sebab yang ni dah ada souvenir di dalamnya, dah ada mug. Aduhhhh, sayang sekali. Kalau tak barulah boleh dikatakan seperti kill two birds with one stone. Mug dapat souvenir pun sapu...hahaha.
Jadi, pilih punya pilih, pilih punya pilih....yang brown sugar ka, yang regular ka, versi Menu ka, versi ori ka...akhirnya belian aku cukup nas untuk membuat Cik Amoi tersenyum. Dan aku pun tersenyum jugalah sambil membawa pulang set souvenir ni.....
Set fridge magnet dengan nota.
Set coaster. Dalam tin ada empat keping yang berlainan design.
Dan akhir sekali,
set empat dulangnya...
...design belakangnya.
Sunday, April 28, 2013
...bukan yang dengan Cher tu
Ini dia...kalendar Sony dari tahun 1993...
Didatangkan dalam kotak kaset yang boleh digunakan untuk display kalendar.
Macam-macam gambar untuk setiap minggu dalam kalendar. Cuma mau rajin tukar saja...hahaha, itu yang aku maleh tu....
Saturday, April 27, 2013
...serial ka cereal?
Yang ni...adik aku bagi. Mana dia dapat, aku tak berapa nak pasti, cuma sekarang...aku yang dapat, hahaha...
Friday, April 26, 2013
bukan i-pad, tapi...
Pastinya dah ramai yang menggunakan komputer sekarang ni dan setiap komputer tu pasti ada mouse-nya, ya tak? Sesetengah pengguna notebook/laptop pula ada yang pakar menggunakan touchpad. Guna jari saja dah cukup untuk menggerakkan cursor tu ke mana sahaja atas skrin dengan cepat dan tepat.
Aku ni pula, yang datangnya dari zaman komputer 386, 486, VGA colour dan SVGA (itu belum aku sebut pasal DOS dan Wordstar lagi...hahaha), macam mana sekali pun mesti nak guna mouse juga. Kalau guna touchpad tu mau petang baru siap kerja aku.....
Jadi, kalau dah ada mouse tu, kena lah ada mousepad-nya dan mousepad ni pula biasanya dapat free je, tak payah nak beli-beli. Kalau yang jenis beli tu dah tentu yang canggih, mahal dan ada elemen-elemen mengelak RSI (repetitive strain injury).
Maka inilah dia beberapa mousepad dari tahun sembilanpuluhan. Kenapa aku simpan, aku pun tak berapa pasti, tau-tau je semuanya dah masuk kotak...
Thursday, April 25, 2013
sekilas ikan di air...?
Sekali pandang,
memang aku tak perasan...
Dua kali pandang,
serupa juga, nampak biasa je...
Mug amende ni ada ikan-ikan,
siap dengan teknik berisi air pulak tu.
Tapi...bila aku pandang ke dalam. Eh..eh...macam kenal pulak font huruf K tu...
Laaa...mug KitKat rupanya. Apasal warna biru, apa hal pulak ada ikan-ikan ni.... Mana la aku nak cham....hahaha.
Tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal...tak boleh buat-buat tak tahu ya tak? Tak pasti pula aku promosi bila mug ni keluar tapi kat kedai runcit tu ada dua biji, satu hijau dan satu biru. Aku pilih yang biru. Yang ni senyum sepuluh kali pun takda Cik Amoi yang nak bagi free. Kena huloq lapan ragok baru dapat....hahaha, janji happy.
Wednesday, April 24, 2013
...apa tu?
Sedang aku berjalan-jalan di kedai biruputih di Ipoh, tiba-tiba terpandang pula akan kotak ni kat lantai. Eh...apa pulak ni? Bila sampai...hahaha.
Isinya...
...boleh dapat percuma sebuah beg serbaguna.
Jadi, dengan membeli sebungkus KitKat 2-finger ini...
...dapatlah aku satu transparent bag.
Nak isi apa...aku tak tau. Tapi yang pastinya, apa yang aku isi, senapas aku boleh tau...hahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)