Friday, April 12, 2013

...jom jumpa Rose

Dalam dok sibuk mencari teh, tiba-tiba ternampak akan teh Boh ni. Wow...menarik design kotaknya. Lain daripada biasa, siap dengan grafik komik ala retro.



Belek punya belek, ada dua design yang boleh dipilih dan rupa-rupanya kotak teh Boh ini adalah edisi terhad sempena 10th Boh Cameronian Arts Award yang memberikan anugerah kepada persembahan "live" muzik, teater, tarian dan juga teater muzikal. Bagi yang nak tahu lebih, boleh la klik Kakiseni.




Bagi yang membeli teh Boh ini pula, anda bukan sahaja mendapat nikmat dari seratus uncang teh Boh yang tersusun rapi di dalam kotak yang serba indah ini, malah anda berpeluang menyaksikan teater secara percuma.


Yeahhhh, kisah benar ni. Setelah membeli sekotak teh ni, sila layari Kakiseni di mana akan di beritahu cara-cara bagi mendapatkan dua tiket teater percuma beserta senarai dan tarikh persembahan teater. Menarik nih...


errr....mug free takda ka?


No comments: