Wednesday, April 17, 2013

.....nak cari kerusi dalam gelap

Sempena hari ini hari Rabu, hari "tiket wayang murah sikit daripada biasa", meh aku nak tunjukkan harga tiket dari tahun 1988. Kalau di ikutkan, harga pada tiket adalah dua ringgit saja sekali masuk. Tapi, disebabkan harganya baru saja naik dan stok tiket lama masih ada lagi, jadi kompeni panggung wayang chop saja kat tiket tu dengan harga barunya, dua ringgit limabelas sen campur cukai lapanpuluhlima sen, menjadikannya tiga ringgit. Amacam murah? Kalau tiket sekarang sembilan ringgit, dulu dah tiga orang boleh masuk dengan kuaci masing-masing...hahaha.

Ok, sebelum ni aku pernah post mengenai tiket wayang lama. Kalau nak tengok silalah klik "tiket" kat bahagian apa dalam kotak... di sebelah tu. Tiket yang di bawah ini pula baru saja aku jumpa balik setelah memproses kotak-kotak hari tu. Bezanya tiket ini dengan tiket-tiket wayang yang pernah aku masukkan dalam blog ialah...... Haaa, cuba tengok kat tepi tiket tu. Ada kertas kenit dengan tulisan J14, J15 dan J16. Itulah dia tiket nombor tempat duduk dalam panggung. Jenuhlah Mister Kaunter kena koyak tiga tiket wayang dan tiga tiket tempat duduk. Itu belum kalau si pembeli terhilang tiket tempat duduk dan tak ingat pulak nombornya ....haruuu. 





Biasanya nombor tempat duduk ditulis terus ke atas tiket wayang, tapi tiket-tiket kat Ipoh ni special sikit, ada tiket asing untuk tempat duduk. Ni ada dua lagi, dari panggung Lido Ipoh, tiket wayangnya tak tahulah dah pi mana.....



2 comments:

gostansikit said...

1988 ...tapi still in good condition. Pandai simpan

Spallan said...

tak tahulah macamana boleh jadi elok, mungkin...simpan dan jangan di usik-usik kot