Lokasinya... Sogo KL, waktu...hampir time makan tengahari. Apakebendenya... inilah dia road-show promosi sempena sambutan ulangtahun Nescafé yang ke tujuhpuluhlima. Waktu aku sampai, belum ramai pengunjung jadi sempat dan selamatlah bagi aku untuk mengambil gambar...
Pada bunting tertera souvenir yang bakal diterima oleh peminat tegar Nescafé Hanya perlu beli produk Nescafé (...beli krimer Coffeemate pun boleh) dan barisan souvenir ini pasti menjadi milik pengunjung budiman, no hanky-panky ....cuma, bergantung kepada jumlah nilai belian. Contohnya, bagi belian bernilai tiga puluh lima ringgit ke atas, bolehlah dapat salah satu daripada empat design dulang hidangan (besi) tu. Haaaa....mudah saja kan, tak perlu buat sarkis atau pun bagi slogan-slogan mendakap jiwa. Bagi mendapatkan set coaster dan fridge magnet pula, tak ingat aku berapa kena belanja, mungkin dua puluh atau limabelas ringgit dah boleh dapat satu. Ok la tu kan... set coaster tu pun nampak macam menarik, dalam satu tin ada empat. Hmmm.....
Ok, itu souvenir punya cerita. Yang di bawah ini pula adalah set prop lengkap dengan tempat duduk retro kaki pensil. Sewaktu aku sampai, inilah brackdrop yang sedang digunakan untuk set ini.
Backdrop ini boleh ditukar-tukar seperti yang sedang dilakukan oleh Cik Nescafé75. Ada empat design semuanya dan apabila pengunjung sudah memilih design yang berkenan di hati...
...pengunjung bolehlah duduk di kerusi, seorang atau pun berdua untuk diambil gambarnya.
Inilah kamera yang digunakan...
...melekat dalam kotak agar tidak mudah dijadikan souvenir...hahahahaha.
Ok, Selesai saja gambar diambil, dalam hanya beberapa minit gambar akan siap di print dan keluar ke tray kenit depan kamera tu. Dan yang paling ajaib sekali, bab ambil-ambil gambar ni, siap dengan print-nya sekali adalah percuma. Yaaaa, bukan salah type, bukan salah dengar...memang free bebs dan bros sekelian. Tak payah beli apa-apa, tak senyum pun takpa...hahaha. Tak sangka masih ada lagi orang yang nak tolong ambil gambar, siap print-kan dan bagi kat kita free. Syabas Nescafé...
Dan inilah dia design backdrop-nya yang lain. Ada yang biru,
ada yang merah jambu...
dan ada yang siap dengan gitarnya...hehehe.
Macamana pun, ucapan terimakasih tak terhingga kepada Cik Nescafé75 kerana melayan kerenah aku dan membenarkan aku bergambar dengan keempat-empat design backdrop.
Dan ini pula adalah set dapur 'ala retro Nescafé.
Yeahhh...inilah dia seleksi souvenir yang menanti para peminat Nescafé sekelian. Hari ini adalah hari terakhir roadshow Nescafé di Sogo KL. Tapi jangan risau dan jangan gusar, masih ada lagi tarikh-tarikh lain dan lokasi-lokasi lain yang mungkin lebih berhampiran dengan kediaman anda. Klik saja disini.
3 comments:
ok..nnt nk g terjah kt aeon au2 tuuu....yiiiehaaaaa...
haha..."no hanky-panky "
very cantik all the pics
cikpuding... terjah, jangan tak terjah. 75 tahun sekali keluar souvenir macam ni :)
Goh LinLin... tq. I aim to please....hehehe
Post a Comment