Pada minggu pertama awal tahun hari tu, inilah dia iklan yang aku terpandang kat kedai buka siangmalam ni.....aduhhh. Baru nak mula tahun, dah jumpa cara-cara duit nak mengalir keluar.
Al-kisahnya, tiga ekor beruang Coca Cola akan dilepaskan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti di atas. Seperti biasa, beruang-beruang ini bukanlah boleh ditangkap begitu saja dengan tangan. Sebelum mencengkau, kenalah menghulur. Syaratnya, kenalah beli dua botol ayaq soda, barulah boleh dapatkan seekor beruang pandai berpakaian ini dengan harga empat ringgit sembilanpuluh sen setiap satu.
Mari kita tengok
beruang-beruang berjenama ni.....
Tapi, macam biasalah, aku ni bila dah nak mengumpul tu, kalau boleh iklannya sekali aku nak saruk, barulah puas...baru complete hahaha. Jadi aku mula la mintak kat brader yang bertugas kat kedai siangmalam ni. Boleh tak saya nak minta iklan standee Coke ni? Dan seperti biasa jugalah, jawapannya "tak boleh". Alasan paling kerap diterima adalah, "nanti supplier nak ambil balik" atau pun "promosi belum habis...nak guna".
Kalau alasan pertama yang aku terima, susah sikitlah aku nak bidas. Supplier nak ambil balik katanya, walhal aku tahu sangat bila cukup tempoh promosi, diorang buang saja iklan-iklan ni. Tetapi, kalau alasan kedua yang aku terima. Aku pun terus la buat deal dengan manager kedai. Bila cukup time tempoh promosi tamat, aku akan datang menuntut hak aku...HAHAHAHAHA.
Maka...sehari selepas tamat tempoh promosi, aku pun sampailah ke kedai buka siangmalam yang berkenaan. Managernya takda, yang ada cuba pekerja international-nya. Aku pun beritahulah tujuan aku yang hendakkan iklan standee Coke yang atas cash register tu. Mula-mula tak nak dibaginya. Tapi setelah aku jelaskan akan perjanjian aku dan manager-nya, dan setelah aku yakinkan juga kat dia bahawa tarikh promosi pun dah tamat, jadi dia lepaskanlah iklan standee tu kat aku. Dan alang-alang dia tengah dalam mode meng-let go, aku minta sekalilah poster beruang Coke kat dinding. Dan dia hanya mengangguk....
4 comments:
Terenye u.! :) one day i nak cuba jugak , heh heh
hahaha....biasa-biasa saja. cuba, jangan tak cuba, pasti dapat :)
adanya cara kamu untuk dapatkan iklan-iklan tu... kadang2 saya tak berani nak buat begitu macam kamu untuk dapatkan iklan-iklan :/ ...
Kit_LiuBei_97... hobi macam ni kena berani + sedikit elemen tak malu, pepatah dah berkata "malu bertanya, sesat jalan". haaa, yang ni, malu nak minta, memang tak dapat... :)
Post a Comment