Thursday, September 5, 2013

air...oh...air

Seperti yang sedia maklum, beberapa hari kebelakangan ini berlaku gangguan bekalan air di sekitar Selangor, akibat daripada tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan proses merawat air terpaksa diberhentikan buat sementara waktu. Dan rumah aku tidak terkecuali daripada menghadapi masalah takda air ni.

Bab mandi atau cuci kain aku boleh handle sebab aku boleh le singgah rumah adik-beradik yang ada air tapi bab bekalan air minum tu ada sikit problem. Rata-rata di pasaraya, air mineral, reverse osmosis, mahu pun air minuman biasa dah habis dibeli orang Selangor. Wow, hebat betul, macam nak cari collector's item la pula.

Walau bagaimana pun, akhirnya aku jumpa juga stok air mineral di kedai serba oren. Versi Angry Birds pula tu. Memandangkan pada botolnya ada gambar Angry Birds yang berlainan, aku pun mula le cari dan beli semua dengan gambar yang berbeza, kira bagi cukup set la. Buat orang rumah geleng kepala je.....hahaha. 






4 comments:

nikths said...

ha ha ha...ni pn boleh jd koleksi juga ni.Beli,guna ,simpan.

Spallan said...

tu la dia bro, ini pun jadi...hahaha

Mun Kit Tee said...

haha tak sangka kamu ni pun menyimpan air yang bertemakan Angry Birds...... botol-botol air ini dah lama wujud dah......

Unknown said...

Syabas bro!, best!