Thursday, July 15, 2010

Mulder dan Scully I

The X-Files adalah sebuah rancangan televisyen yang amat popular pada tahun sembilanpuluhan dahulu. Hasil karya Chris Carter, ia mengisahkan bagaimana dua agen FBI iaitu Fox Mulder (lakonan David Duchovny) dan Dana Scully (Gillian Anderson), ditugaskan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan dunia paranormal dan kewujudan makhluk asing (extraterrestrial). Si Mulder ni memang percaya bab-bab hocus-pocus nih, tapi masalahnya cik Scully ni lebih kepada jawapan yang berasaskan teori saintifik. Jadi, dalam usaha nak menyelesaikan masalah, pada setiap penemuan baru ada saja konflik fahaman diantara kedua-dua agen ni.

Siri X-Files berlangsung selama sembilan musim iaitu dari 1993 sehinggalah 2002 dimana pada dua musim terakhir agen Scully telah digandingkan dengan partner baru iaitu John Dogget (Robert Patrick) kerana Mulder dikatakan telah “hilang” pada episod awal musim ke lapan. Macamana pun sekali-sekala tu dia muncul juga la sikit-sikit….


Oklah, akibat dari kepopularan siri ini, Topps Comics pun tak naklah ketinggalan. Dia mestilah mau join itu cash bandwagon dan terus mengeluarkan komik-komik X-Files. Dan inilah di antara koleksi komik X-Files yang dah masuk kotak….

Komik X-Files versi Ashcan

Ashcan ni kalau zaman dulu (Golden Age of Comics), ia diterbitkan semata-mata bertujuan (dari segi undang-undang) untuk mengesahkan hak milik asal komik yang dikeluarkan agar tidak ditiru atau diciplak oleh syarikat komik lain. Selain itu, ia juga digunakan sebagai "testing" untuk melihat kesudahan komik yang akan diterbitkan. Ia biasanya tidak berwarna (hitam putih) dan kadangkala bersaiz yang kecil sedikt daripada isu sebenar yang akan dicetak dan diedarkan. Ashcan juga digunakan sebagai draf bagi menunjukkan ruang yang boleh digunakan untuk pengiklanan kepada pihak-pihak yang berminat.





The X-Files Special Collector's Item Issue #0


...juga yang sama cuma cover lain



The X-Files #5



The X-Files #6



The X-Files Annual #2



The X-Files Season One "Pilot Episode"



The X-Files versi cover putih.
Yang ni dapat free dengan majalah Hero Illustrated.


The X-Files Special Edition.
(bersaiz besar sikit daripada komik biasa)


The X-Files Comics Digest #1
(yang ni pula saiz dia agak kecil sedikit,
lebih kurang saiz Reader's Digest)


The X-Files Comics Digest #2




The X-Files Comics Digest #3


1 comment:

Iaryylr said...

Bro, cerita ini memang syok gila dan mendebarkan dulu, kalau sekarang ulang dah tak debarlah.. . Tapi memang best!