Tuesday, November 30, 2010

suatu masa dahulu...


Nutrifres

Ini adalah Fruit Juice Concentrate keluaran Nutrifres. Kalau nak diikutkan, ada bermacam-macam perisa. Banyak mana gambaq buah yang ada pada paper cup tu, banyak tu lah (mungkin lebih) perisa buah yang dia ada. Tapi.... ada tapi la pula ya. Tapi aku sempat try kiwi saja, kalau try banyak-banyak dan tak beli tak syok la pula...



Sunquick

Dalam kehangatan rakan-rakan bloggers mempamirkan koleksi gelas-gelas Sunquick yang pelbagai corak dan rupabentuk, aku hanya mampu ketengahkan paper cup Sunquick nih...hehehe.



Tropicana Twister

Sedap ayaq ni. Test banyak kali dah,
beli saja belum...hahaha...



Great Buck

Satu lagi produk jus buah-buahan,
tapi agak pelik sikit namanya...


Jambu Juice

Satu lagi produk dari Sime Darby, kali ini jus jambu atau Pink Guava Juice. Bila diminum sejuk, syahduuu...




Magnolia Boost

Diminum untuk kasi "boost" tahap tenaga kita. Terdapat dua jenis yang boleh dipilih, versi Good Morning untuk diminum waktu siang supaya badan cergas dan versi Good Night untuk diminum waktu malam bagi merilekskan badan.



Soyfresh

Minuman soya yang berkhasiat lagi
penuh nutrisi, Soyfresh dari syarikat Lam Soon.



Vitagen dan Magnolia

Paper cup dwi-guna.
Vitagen boleh, untuk Magnolia pun boleh...



Sustagen

Sebuah produk susu daripada
Mead Johnson.

Yakult

Paper cup Yakult, minuman yang mengandungi "Shirota Strain" yang dikatakan baik untuk kesihatan...


Nestle Bliss

Nestle Bliss adalah minuman yogurt yang rendah lemak dan mengandungi kultur hidup. Terkandung juga didalamnya Inulin (serat) yang mana bila berfungsi bersama kultur hidup dapat membantu sistem penghadaman dan ahaaa, boleh kasi perut kelihatan kempis sedikit, katanya. Amacam, menarik? Boleh cuba "Nestle Bliss 14-Day Challenge"...
.
Paper Cupr Versi #1




Paper Cup Versi #2



Susu Fernleaf

Masa meng-sampel susu Fernleaf ni dulu, bukan setakat dapat minum saja. Cik Amoi siap bagi satu pek kecil untuk try minum kat rumah...


Enfakid

Paper cup Enfakid A+.
Semuanya biruuuu......


Dutch Lady

Yang ni aku rasa tak payah nak explain semua orang dah kenal. Cuma paper cup ni adalah versi lama sikit. Versi terkini berwarna putih dan berlogo bulat. Bilalah yang tu nak masuk kotak...


Dumex Dugro

Kadang-kadang aku rasa agak segan kalau nak meng-sampel susu budak-budak ni, tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku pernah tanya Cik Amoi yang bertugas, "orang besar boleh rasa ka...?". Cik Amoi tu hanya tersenyum saja kat aku. Aduhhh, terasa macam salah soalan la pulak. Macam dia tak nak bagi try pun ada. Takpalah, aku pun beredar dari situ. Tapi, lebihkurang sepuluh limabelas minit lepas tu, aku round sekali lagi tempat susu Dugro tadi. Cik Amoi dah takda, mungkin pergi rehat. Aku perhati yang ada kat situ ada la tiga empat orang ibubapa dok tengah buat parti minum Dugro percuma. Apa taknya, ada dua jenis susu, putih dan cokelat yang sejuk dalam dispenser-nya, yang hanya menunggu ditekan untuk sesiapa yang ingin mencuba. Hahaha, raya sakan le...



Calci-Yum

Entah mengapa tapi aku suka cara diaorang menukarkan ejaan kalsium menjadi "calci-yum". Bunyi sebutan yang sama, cuma ejaan yang berbeza. Walau pun produk susu ini ditujukan khas buat kanak-kanak, tapi aku tengok tak kurang juga geng dewasa yang membalunnya. Nak test untuk budak-budak kot...

Minuman Biogreen

Dalam kita dok tengah layan barang-barang "bio", ni ada satu produk minuman daripada Biogreen. Malangnya tak sempat nak rasa sebab Cik Amoinya dah pi break dan belum balik-balik. Yang tinggal hanya paper cup ni, tq...


Susu Anlene

"Diuji Secara Klinikal", sudah tentu bagus ya tak? Macamana pun ada beberapa variasi susu ini di pasaran. Ada perisa cokelat, ada dalam bentuk kotak dan sedia diminum, ada yang versi gold khas buat yang limapuluh ke atas dan lain-lain lagi. Promosi terkini, Brader Promo atau Cik Amoi akan datang kepada kita, "Abang, mau check tulang punya density...".



Monday, November 29, 2010

X-Men dan Caltex

X-Men The Movie telah ditayangkan pada tahun 2000. Sempena filem tersebut Caltex telah mengeluarkan set kad ini, tapi ada syaratnya. Kalau tak silap, kena isi minyak RM20 baru boleh beli satu pek kad nih...



CD percuma Star trek

Kedua-dua CD di bawah ini diperolehi secara percuma dengan pembelian majalah komputer. Ada game Star Trek, info terkini (untuk masa tu) mengenai Star trek dan sebagainya. CD yang paling bawah tu special sikit sebab ada info mengenai event yang akan dijalankan sempena menyambut ulangtahun Star Trek yang ke tigapuluh (tahun 1996).


dah 25 tahun

Pin Star Trek sempena ulangtahunnya yang
ke dua puluh lima (pada tahun 1991).

Terok Nor

Button atau lencana bulat ini memaparkan sebuah stesen di angkasa lepas yang sewaktu pemerintahan kaum Cardassians bergelar Terok Nor. Namun setelah kaum Bajor berjaya lepas dari cengkaman Cardassians, The United Federation of Planets telah diundang oleh Kerajaan Bajor untuk bersama-sama mengelolakan stesen tersebut dan menukarkan namanya kepada Deep Space Nine.


Lencana lagi...

Sekali pandang macam fridge magnet, tapi bukan. Semua ini adalah lencana Star Trek. Entah bila nak pakai aku pun tak tahulah, masuk kotak je la....



Ehhh, minyak masak bang.....

Paper cup Alif? Minyak masak pun boleh test ka? Hahaha, sebenarnya minyak masak ni digunakan untuk memasak beberapa jenis masakan dan lepas tu dia bagi kita test. Kalau boleh terus test minyak masak, itu sudah kira tera...




Seri-Aji

Seri-Aji, serbuk perencah yang boleh menambah perisa kepada masakan kita. Sebuah produk dari Ajinomoto.


Simplot

Aku tak pasti apakah produk yang ingin ditonjolkan di sini sebab masa aku dapat paper cup ni, tukang promonya tak ada, produk pun tiada. Tapi yang pasti jenama Simplot ni ada keluarkan "french fries"... (ini adalah paper cup yang sama dari sudut yang berlainan)




Tumix

Tumix..... tumis dengan special mix ka? hahaha, main balun sebut je aku ni. Sebenarnya Tumix ni adalah serbuk pati ayam yang boleh dicampurkan kepada masakan untuk tambah ummphhh. Dan inilah paper cup promonya.