Saturday, November 27, 2010

Star Trek, risalah je...

Maaflah, ini hanya risalah mengenai barang Star Trek. Apa boleh buat masa ni tak mampu nak beli, dapat simpan risalah pun jadilah...
.
Star Trek Threedimensional Chess Set
Ini adalah set permainan catur seperti yang digunakan dalam siri Star Trek: The Original Series. Jika diperhatikan ada gambar Captain Kirk sedang layan main dengan Spock. Macamana agaknya naik main catur bertingkat ni. Kalau nak tahu kenalah beli set ni dan baca panduan yang disertakan. Versi collector ni adalah istimewa dan menarik kerana setiap buah catur disalut dengan emas dan perak. Tak tahaaan.....
.


.
Star Trek: The Voyagers Card Collection
Sempena ulangtahun Star Trek yang ke tigapuluh, The Hamilton Collection dan Paramount Pictures telah mengeluarkan kad set Star Trek: The Voyagers Card Collection. Istimewanya set ini, setiap kad adalah diperbuat daripada porselin dan bukannya daripada stock card yang biasa. Terdapat duabelas kad yang memaparkan imej kapal angkasa dari siri Star trek dan bila dah complete setnya diberikan juga sebuah display yang mengancam...
.

The Official Star Trek Phaser
Inilah dia pistol atau phaser yang digunakan oleh Captain Kirk dan rakan-rakan sewaktu mengeksplorasi dan pengembaraan mereka di ruang angkasa nan luas. Lebih berguna apabila terserempak dengan makhluk asing yang ganas dan tak dengar kata. Ok, versi collector ini diperbuat daripada pewter dan disalut emas 22-karat dan perak. Bahagian atasnya (yang hitam tu) boleh ditanggalkan dan menjadi alat kominikasi seperti didalam siri Star Trek. Amat canggih lagi anggun untuk dimasukkan ke dalam koleksi namun aku hanya ada brochure sahaja...aduhaiiiii.
.


Captain Kirk Autographed Wall Plaque
Inilah dia gambaq taukeh besar kapal angkasa atau starship U.S.S. Enterprise. Gambar sebenar yang diambil di set penggambaran Star Trek: The Original Series ini didatangkan siap berframe standard gallery showcase dan ditandatangani sendiri oleh pelakonnya William Shatner.




Collector Plate: Triumphant Return dan Comander Benjamin Sisko
Kedua-dua pinggan ini adalah keluaran The Hamilton Collection. Setiap satu mempunyai nombor siri yang khas dan didatangkan siap dengan sijil keasliannya (authenticity) sekali. Hanya yang ori...



No comments: