Saturday, November 20, 2010

Star Wars Cards 7

Set trading cards ini agak berbeza dengan set-set yang lain. (asyik dok berbeza aje ya....hahaha) Ok set ni didatangkan dalam tin yang istimewa ini dan setnya hanya ada enam keping kad sahaja. Bezanya set ini dengan yang lain ialah kesemua kad ini diperbuat daripada kepingan besi dan bukannya daripada kad tebal. Ahaaa, itulah kelainan yang ada pada set ini. Dikeluarkan oleh Metal Impressions, set Dark Empire Embossed Metal Collector Cards ini telah dikeluarkan pada tahun 1995. Setiap kad mengambil imej dari cover komik Dark Horse bertajuk Star Wars Dark Empire. 72000 set telah dikeluarkan dan aku ada satu ni aje dalam koleksi...



No comments: