Star Trek: The Next Generation (STTNG) adalah siri yang seterusnya setelah tamatnya siri Star Trek: The Original Series (STTOS). Kalau menurut ceritanya, STTNG ni berlaku setelah hampir satu abad zaman STTOS berlalu. Dengan kapal angkasa yang baru, U.S.S. Enterprise NCC 1701-D, ia dikemudi oleh Captain Jean-Luc Picard dibantu oleh Commander William Riker, disamping krewnya yang lain seperti Data, Worf, Lt Tasha Yar, Geordi La Forge, Deanna Troi dan Dr Beverly Crusher.
.
Aku masih ingat lagi sewaktu siri ini mula ditayangkan kat Malaysia dulu. Dengan hanya menonton siri ini dan menjawab beberapa soalan yang dikumpul pada setiap penghujung rancangan, seorang pembaca bertuah boleh memenangi hadiah berupa sebuah kereta Ford TX-3, yang waktu itu adalah cukup menawan dengan body-nya yang berwarna hitam dan berjalur merah. Kereta free beb, siapa tak mahu. Maka aku layanlah kesemua duapuluhenam episod siri ini dengan penuh teliti. Mengumpul sebarang maklumat demi mencerahkan peluang bagi mendapatkan kereta idaman. Namun harapan tinggal impian..... sampai sudah takda pun sampai surat yang panggil suruh pi collect kereta Ford tu, hahaha...
.
Oklah, ini adalah kad set Star Trek: The Next Generation Season One 1987-1988. Set serba indah ini mengandungi seratus lapan keping kad dan telah dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1994. Ia memaparkan imej dari episod musim satu siri ini dan pelbagai info mengenai siri ini pada bahagian belakang kad.
.
.
No comments:
Post a Comment