Saturday, November 27, 2010

Star Trek Cards 1

Star Trek adalah sebuah siri fiksyen sains rekaan Gene Roddenberry yang mula ditayangkan di US dari tahun 1966 sehingga 1969. Di Malaysia ni aku tak berapa pasti sejak bila ia ditayangkan tapi aku tahu masa kecik dulu aku layan juga cerita ni. Ok, ini adalah siri pertama dari rangkaian siri Star Trek yang ada, jadi untuk membezakannya dengan siri-siri yang lain ia diberi nama Star Trek: The Original Series (TOS) dan seterusnya diikuti dengan siri Star Trek: The Animated Series, Star Trek: The Next Generation, Star Trek: Deep Space Nine, Star Trek: Voyager dan akhirnya Star Trek: Enterprise. Memang banyak siri Start Trek ni dan oleh kerana dah minat, lebih kurang semuanya aku dah layan....
.
Ini adalah set kad keluaran Impel pada tahun 1991 yang dikeluarkan sempena ulangtahun Star Trek yang ke duapuluhlima. Ia memaparkan imej dari Star Trek: TOS, dari siri tv-nya, siri kartun, komik, collector plates dan macam-macam lagi, termasuklah pelbagai info mengenai karakter dan siri yang masyhur ini.
.

















No comments: