Sunday, November 14, 2010

Buku Komik Star Wars 8

Dalam dunia komik, “ashcan comic” atau “ashcan edition” adalah satu salinan kepada komik yang bakal diterbitkan namun belum lagi siap sepenuhnya. Ia mungkin bersaiz kecil sedikit daripada komik asal, tidak diwarnakan sepenuhnya, atau pun tidak mempunyai skrip atau “lettering” yang lengkap. Biasanya “ashcan edition” ini tidak diedarkan kepada masyarakat umum malah untuk kegunaan “internal” sahaja atau diedarkan kepada pihak yang ingin menempah ruang pengiklanan.
.
Selain itu, di era “Golden Age of Comic Books”, ashcan edition diterbitkan untuk memenuhi kehendak undang-undang seperti sebagai tanda perniagaan yang sudah dimiliki atau “trademark”. Contohnya, jika syarikat DC Comics sudah menerbitkan ashcan Superman #1, syarikat komik lain tidak dibenarkan mengeluarkan komik dengan tajuk yang sama. Namun, di zaman serba moden ini, kebanyakan "ashcan edition" ini diterbitkan untuk tujuan promosi.
.
Di bawah ini adalah satu contoh komik ashcan yang telah diterbitkan oleh Topps Comics. Ia diterbitkan untuk komik Star Wars Tales of The Jedi: Dark Lords of The Sith. Cover-nya tidak diwarnakan dan tertera pada sudut atas sebelah kiri bahawa ia adalah versi ashcan.


No comments: