Tuesday, November 23, 2010

Macam Beg Disko...

Di sebuah pasaraya perancis pada hujung minggu lepas, aku telah pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan untuk menukar sebuah souvenir kerana dah ada "double". Setelah diperiksa oleh brader kaunter, dia memberitahu bahawa design yang dia ada sama sahaja dengan apa yang aku bawa, jadi tak dapatlah nak tukar dengan design yang lain. Namun, bila aku mula nak mengorak langkah untuk beredar dari situ, tiba-tiba terdengar suara brader kaunter memanggil aku, "Bang!!!, kalau abang nak, beg ni ada la...", sambil menunjukkan beg Lipton merlip-merlip nih. Aku pula ok saja, janji dapat tukar. Tapi, bila aku nak pulangkan souvenir yang aku bawa untuk ditukar, sekali lagi brader kaunter bersuara, "takpa bang, abang simpan je yang tu, yang ni saya bagi free...". Eh, ini baru dikatakan kaunter khidmat pelanggan, "always make your customers happy", hehehe happy selalu...



2 comments:

nikths said...

wah cantik bro, tak pernah nampak mcm ni.

Spallan said...

...tak pernah nampak sebab promonya belum mula lagi bro nikths. try cari kat carrefour.