Sunday, November 28, 2010

Star Trek Cards 9

Sebuah lagi set kad Star Trek The Next Generation tapi kali ni bertajuk Behind The Scenes STTNG. Set ini lain sedikit daripada biasa kerana tak perlu membeli berpeket-peket kad bagi mencari dan mendapatkan complete set. Set ini datang dalam collector box-nya yang tersendiri, dan siap complete dengan empat puluh keping kad.
.
Dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993 ia bukannya memaparkan imej karaktor atau pelakon STTNG dan tidak pula menunjukkan gambar atau stills dari episod rancangan ini tetapi istimewanya set ini ialah kad set ini memaparkan imej warga kerja yang terlibat secara langsung dalam pembikinan rancangan STTNG. Jadi dengan kad set ini kita boleh mengenali siapakah pengarah, prop master, set designer, mechanical effects coordinator, costume designer, script supervisor, dan ramai lagi hinggalah ke set security officer. Ahaaa.....






No comments: