Thursday, November 25, 2010

Pad Tetikus

Kubrick adalah mainan collectible berupa manusia keluaran syarikat MediCom dari Jepun. Rupanya adalah seakan-akan permainan Playmobil atau Lego dan setiap keluaran adalah terhad dan tidak akan akan dikeluarkan semula. Itu yang membuat para collector tergila-gila nak meng-collect-nya. Nak kasi tambah susah lagi, sesetengah model langsung tak dijual dipasaran tetapi hanya boleh diperolehi sewaktu ada promosi produk atau penayangan filem baru. Hahaha, boleh pecah kepala…
.

Ok, dengan kejayan dan kemasyhuran Kubrick, MediCom telah mengeluarkan satu lagi koleksi yang diberi nama Be@rbricks. Bersaiz seperti Kubrick, ia mempunyai design seperti beruang yang agak buncit sikit perutnya. Versi ni kita boleh dapati di pasaraya-pasaraya disini, tapi awas ada yang ori dan ada yang sorry... Kat bawah ni adalah mouse pad yang disouvenirkan oleh Isetan, dan gambaq beruang ala santa clause hijau itu adalah Be@rbrick...


No comments: