Thursday, June 30, 2011

Boss Hoss Motorcycle

Dalam banyak-banyak model kereta HotWheels ada juga diselitkan sebiji-dua model motorsikal. Contohnya seperti yang di bawah ini. Boss Hoss Motorcycle ini adalah dari siri HW Main Street 11 dan merupakan keluaran 2011 yang baru saja aku sambar seminggu dua yang lepas. Design motor polis ini memang menarik. Teringat pula cerita CHiPs (tahun tujuh puluhan)lakonan Erik Estrada dan Larry Wilcox...















Wednesday, June 29, 2011

Back To The Future Time Machine

Yeahhhh inilah dia DeLorean yang telah dibikin menjadi Time Machine dalam siri filem Back To The Future. Setelah di modify dan dipasang "flux capacitor", kereta ini boleh dipandu melayari masa akan datang mahu pun yang telah berlalu....hahaha memang layannn filem-filem tu. Ok, model HotWheels ini pula adalah dari siri 2011 HW Premiere dan agak sukar diperolehi kerana sering disambar dengan cergas oleh para collector dan juga peminat siri filem ini. Aku terjumpa yang ni pun kat Jusco yang ada rumah kaca budak-bdak AF tu...hmmmm.



















'81 DeLorean DMC-12...baru punya

Juga sebuah model '81 DeLorean DMC-12 cuma yang ini adalah keluaran 2011 dari siri Faster Than Ever 11. Hitam dan Gold dah ada, jadi kali ni Silver la pula ya...













'81 DeLorean DMC-12...lagi

Model yang sama dari siri 2010 HW Premiere cuma yang ni versi gold pula...















'81 DeLorean DMC-12

Inilah dia model HotWheels, '81 DeLorean DMC-12 keluaran tahun 2010 dari siri 2010 HW Premiere. Kepada peminat siri filem Back To The Future dari tahun lapanpuluhan pastinya mengenali kereta ini yang digunakan dalam filem-filem tersebut...















Tuesday, June 28, 2011

Lamborghini Reventōn

Sekali pandang sikit lebihkurang macam si Superleggera yang di posting sebelum ini tapi jangan terpedaya. Ini sebenarnya model lain, Lamborghini Reventōn. Didatangkan dari siri HW Garage, ia juga merupakan keluaran tahun 2011.













Lamborghini Gallardo LP 570-4 Superleggera

Kalau nak disebut memang panjang betul nama kereta ni.....hehehe. Dikeluarkan tahun ini dalam siri 2011 HW Premiere ada kah versi warna lain? Kita tunggu.....