Wednesday, June 22, 2011

Ramli Sarip di Hard Rock bhg I

Setelah mendapat berita bahawa rock icon Ramli Sarip akan mengadakan sebuah showcase di Hard Rock Cafe pada 19 Jun 2011, aku pun terus block date tersebut daripada diisi dengan sebarang aktiviti-aktiviti lain. Sampaikan pada hari tersebut, aku tak keluar langsung hinggalah pada malamnya, terus saja ke Hard Rock...hahaha.

Dikatakan showcase ini adalah "appetiser" kepada konsert yang lebih besar yang akan berlangsung pada 9 Julai nanti di Stadium Merdeka. Sebuah konsert yang akan menemukan kembali dua buah band besar iaitu Sweet Charity dan Blues Gang. Ahaaa... satu lagi date yang nak kena block nih...


Yeahhh, inilah dia Azrul Raja lawak yang menjadi MC atau host pada malam tu. Memang petah bercakap, memang best dan menarik minat. Apatah lagi bila dia umumkan ada tiga set tiket free ke konsert 2 Raksasa Sweet Charity dan Blues Gang untuk dimenangi. Memang bertambah riuh le jadinya. Siapa tak mau, RM73 a piece tuh. Macamana pun yang free tak datang bergolek, ada tiga soalan diajukan kepada yang hadir. Soalan pertama, "berikan nama salah seorang ahli Blues Gang" dan telah dijawab dengan cemerlangnya oleh seorang Cik Kak berbaju merah yang hadir pada malam tu. Soalan kedua pula, "bilakah tarikh Konsert 2 Raksasa akan dijalankan?". Yang ini ada extra riuh sikit sebab brader yang menjawabnya telah tersalah memberi jawapan jadi ribut le orang lain nak menjawabnya. Dan soalan yang terakhir adalah "dari manakah asalnya Ito Blues Gang", dan yang ini telah dijawab dengan cergas oleh salah seorang brader rockers yang berada dihadapan stage.



Sedang Azrul sibuk bercakap di pentas, tiba-tiba dia mula perasan yang audience dah macam tak layan dia, lalu dia pun menoleh ke kanan. "Patut la korang tak layan aku, Abang Man dah naik stage rupanya..." katanya. Hahaha... lawak betul la hang ni Azrul. Tapi takpa, tada hal, dan dia pun terus memperkenalkan Man Kidal disamping mengucapkan selamat datang kepada selebriti lain yang hadir pada malam itu iaitu Jay Jay, Ras Adibah Radzi, Ito dan juga Rosli Mohalim.



Lebih kurang pukul 10:30 malam, maka muncullah legenda yang ditunggu-tunggu, Ramli Sarip. Aura power beb, terus riuh satu Hard Rock. Naik saja stage Ramli Sarip pun bersalam dengan rockers-rockers yang ada di depan stage dan selepas sedikit intro, dia pun terus memulakan showcasenya dengan lagu "Tersendiri".....


Sambil dok menyanyi tu ada kalanya Ramli Sarip bermain dengan tamborine seperti di bawah ni. Punyalah layan main sampaikan dua keping daripada besi bulat pada tamborine tu tertanggal. Dan dua keping tu telah diberikan kepada dua orang brader kat depan aku. Tersengih la dua brader tuh dapat souvenir daripada Abang Ramli...





dua Rockers beraksi.....


Ramli Sarip dengan gitar Takamine-nya...


Man Kidal, first lead guitar malam tu, dia punya goreng, usah dikenang beb, usah dikenang.....perrgggh


Abang Tom the drummer... memang superb, solid.


Seorang lagi guitarist adalah Aji, boleh tahannn...


Bermain keyboard adalah Kudin. Intro Sejuta Wajah-nya memang best.... Dan bassist pada malam tu aku minta maaf sebab tak dapat nak ambil gambar dengar kamera kenit aku nih, tapi you rock bro.....



...pose rocker sambil menyanyi "tajam-tajam kukunya..."
















1 comment:

Unknown said...

gud write up bro....keep rock it...!!