Thursday, June 23, 2011

Sweet Charity 40 Tahun Bagaikan Bermimpi

Pertama kali aku dengar mengenai buku "Sweet Charity: 40 Tahun Bagaikan Bermimpi" ini adalah sewaktu Ramli Sarip ditemuramah di sebuah rancangan radio tempatan. "Buku ini sudah berada di pasaran dan merupakan edisi yang amat terhad, terhad kepada tiga ribu naskah sahaja..." kata Ramli. Mendengarkan hal itu, aku pun mulalah buruan mendapatkan buku ini. Sebelum aku cerita lebih panjang, mai aku cerita dulu apa ada dalam edisi terhad ini.

Ok, yang di atas itu adalah covernya atau pocket sleeve yang digunakan untuk membungkus isi sebenarnya seperti yang di bawah ini. Ia merupakan sebuah buku penuh gambar warna-warni konsert "40 Tahun Bagaikan Bermimpi" Sweet Charity yang telah dipentaskan di Esplanade Singapura pada 31 Mei 2009. Dari pembikinan, penyediaan, hari konsert dan pertunjukan, termasuklah fans serta ahli keluarga Sweet Charity, bermacam-macam gambar dimuatkan dalam buku kulit keras enampuluhempat muka surat ini. Selain itu, yang menambahkan lagi nilai aesthetic pada koleksi ini adalah tiga keping cakera padat yang disertakan bersama, dua CD lagu dan satu DVD konsert. Memang best, boleh gu dengan VCD konsert Sejuta Wajah yang dulu.

Kembali kepada kisah mencari buku edisi terhad ni, maka bermacam kedai buku aku singgah dan bertanyakan mengenai buku ini. Ada yang kata tak pernah dengar pun, dan tak kurang juga yang mengatakan stok belum sampai. Tapi yang paling aku tak tahan, ada yang megatakan stok dah habis....kahkahkah, bantai jawab je lah.

Dalam usaha aku dok mencari tu, baru aku terperasan yang buku ini bukan sekadar buku sahaja tapi ada CD dan DVD di dalamnya. Ahaaa, maka aku pun meluaskkan lagi sample pencarian aku dan masukkan sekali kedai-kedai muzik dan video. Semua aku redah, EzyVideo, Speedy, Tower Records dan macam-macam lagi. Agak keciwa juga, jawapannya semua sama, belum keluar lah, tak pernah dengar lah, takda satu pun jawapan yang memberangsangkan. Sehinggalah aku ke One Utama dan singgah di kedai bernama Rock Corner.

Di situ aku berjumpa dengan Raymond dan terus bertanyakan hal buku ini. Dia pun menjawab "saya tau ini, tapi stok belum ada, belum keluar. Isnin ada stok baru, mungkin ada". Ahaaa, jawapan macam ni barulah confident sikit. Raymond pun terus memberi contact cardnya dan minta aku call balik hari Isnin (masa tu hari Sabtu). Maka setibanya Isnin (petang) aku pun call Raymond dan diberitahu yang stok masih belum sampai. Apa boleh buat, mungkin stok dah habis kot, tiga ribu naskah, bukan banyak mana pun kalau nak dibandingkan dengan fans Sweet Charity yang ada. Fans diorang ni bukan setakat di Malaysia saja, Singapura dah tentu ada, Brunei lagi, dan entah mana-mana lagi.....hahaha. Takpalah, bila-bila aku jumpa nanti aku beli, kalau tak jumpa...apa boleh buat.

Tetapi, ahaaaa... ada tetapinya, pada hari Rabu, talipon yang dalam poket kenit aku ni pun berbunyi dan terpampar nombor yang aku dapat agak nombor dari kawasan Petaling Jaya. Aku pun jawab dan mendengar dihujung sana "hello, raymond sini, dari Rock Corner. itu buku sudah sampai. saya simpan satu untuk you ok?". Mendengarkan tu, usah dikenanglah betapa gumbiranya. Tak sampai setengah jam selepas cakap talipon dengan Raymond, aku pun sampai kat Rock Corner. Terkejut si Raymond, "wah, banyak cepat sampai...". Ya lah, Sweet Charity punya pasal, mesti cepatnya. Dia beritahu aku, lima buku yang sampai, satu aku punya, tiga dah kena angkat, tinggal sebiji je lagi... itu pun dah ada orang punya. Takda satu pun yang di display di luar, yang aku punya pun dia pi ambil kat bilik kecik di belakang...

Maka, terimalah, sedikit sebanyak kandungan buku "Sweet Charity: 40 Tahun Bagaikan Bermimpi".....





































.....dan sewaktu showcase Ramli Sarip Tenaga, Semangat & Bunyi di Hard Rock KL 19 Jun yang lalu, aku sempat berjumpa dengan Rocker Legenda ni dan minta di autografkan buku edisi terhad ni.









4 comments:

nikths said...

tahniah bro.

Spallan said...

tq bro nikths

Iaryylr said...

memang minat barang Sweet nie, tapi tak terkejar, apa pun Syabas Bro kerana sudi berkongsi... akan datang lagi kian berharga!

Spallan said...

koleksi harus dikongsi, tq bro iaryylr