Friday, December 31, 2010

.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011
.
Kepada rakan-rakan, follower dan pembaca semua, semoga tahun baru membawa pelbagai Pengalaman Baru, Semangat Baru, Kawan Baru, Koleksi Baru, Blog Baru dan macam-macam lagi yang baru.....dan lama.

Kad Kredit...

Kad kredit yang digunakan satu masa dahulu.
Maaf sesetengah butiran terpaksa "dihilangkan".

Kad Besi Star Trek

Ini adalah set trading cards yang lain daripada lain. Diperbuat daripada besi, terdapat duapuluh keping kad besi semuanya. Set oleh Metallic Impressions ini dikeluarkan sempena ulangtahun Star Trek yang ke tigapuluh pada tahun 1996. Set ini merupakan edisi yang terhad kepada duabelas ribu set dan yang ini adalah set yang ke lima ribu sembilan puluh lapan (menurut sijil yang disertakan). Setiap kad yang penuh warna, depan dan belakang, memaparkan imej dari rancangan Star Trek The Original Series dan karakter-karakter utama siri ini...
.
...tinnya





...sijilnya


kad-kad besi yang tersusun rapi


kad #1-#4



kad #5-#8



kad #9-#12



kad #13-#16



kad #17-#20



bahagian bawah tin...

Enterprise dalam Dome

Dengan ketinggian 5 1/2" ini adalah model Starship Enterprise sedang mengelilingi bulan siap dengan bat-batu asteroidnya. Dikeluarkan oleh Franklin Mint Limited dengan kelulusan Paramount Pictures, ia diperbuat daripada Tesori Porcelain, hand-painted dan bernombor siri.









Star Trek Plaque II

Ini pula adalah Star Trek The Next Generation Special Commemorative Edition Porcelain Plaque. Keluaran khas ini terhad kepada tigapuluhlima "firing days" yang bermaksud setelah tigapuluhlima hari, mould atau acuan yang digunakan untuk membuat plaque ini akan dimusnahkan dan tiada lagi plaque seumpama ini boleh dikeluarkan. Pada bahagian belakang kotak tertulis:
.
"In September of 1987, Star Trek The Next Generation began its voyage into television history. In 1994, the voyage reaches its end. To commemorate seven years of the ground-breaking television series, Willitts Designs is proud to present this beautifully illustrated plaque. Adorning its fine porcelain surface are portraits of the show's characters, as unique and exciting as the show itself, and the Starship Enterprise. The elegant plaque is outlined with a delicate white gold edge, and is enclosed in a handsome silver-grey wood display case, featuring a special edition medallion. The display case is equipped with a built-in easel and hook for either shelf or wall display."



Star Trek Plaque I

"Voyage of the Starship Enterprise Porcelain Plaque - First Edition" adalah yang pertama daripada tiga kesemuanya. Terhad kepada keluaran 9500 unit sahaja, pada bahagian belakang kotak tertulis:
.
"Exquisitely illustrated by the highly acclaimed artist Mark Newman, this uniquely shaped plaque will delight all with its accurate detailing of the U.S.S. Enterprise NCC-1701. This fine porcelain plaque is outlined with a delicate gold plated edge, and is enclosed in a beautiful hand lacquered black wood display case, equipped with a built in easel and hook for either shelf or wall display."




Pinggan Star Trek 14

Inilah dia starship Enterprise yang original dari siri Star Trek tahun enampuluhan, U.S.S. Enterprise NCC-1701. Tak ada pada hujungnya huruf A, B, C, D mahu pun E, seperti pada reincarnation-nya yang terkini. Pinggan Collectible ini adalah dari siri Star Trek: The Voyagers dan telah dilukis oleh artis sinematik Keith Birdsong. Siap dengan rim pinggan keemasan dan sijil pengesahan beserta nombor siri, pinggan ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection.


Pinggan Star Trek 13

Ini adalah pinggan collectible "The Ultimate Confrontation" dari siri Star Trek Generations Plate Collection yang memaparkan imej tiga karakter utama filem iaitu Dr Tolian Soran (lakonan Malcom McDowell), Captain Kirk (William Shatner) dan Captain Jean-Luc Picard (Patrick Stewart). Didatangkan lengkap dengan sijil pengesahan serta nombor siri terhad, sijil ditandatangani oleh pelukisnya Keith Birdsong dan presiden The Hamilton Collection.


Pinggan Star Trek 12

Sebuah episod dari siri Star Trek The Original Series, "The Tholian Web" pada asalnya telah ditayangkan pada kaca teleivisyen pada tahun enampuluhan. Dalam episod ini Captain Kirk hampir "hilang" buat selama-lamanya disamping Enterprise dan krewnya pula menghadapi ancaman dari kaum Tholian. Pinggan collectible ini adalah sebahagian daripada koleksi Star Trek Original Episodes yang dikeluarkan oleh The Hamilton Collection dan telah dilukis oleh Jack Martin.


Pinggan Star Trek 11

Ditayangkan pada tahun 1991, Star Trek VI: The Undiscovered Country merupakan filem terakhir lakonan geng Star Trek The Original Series (sebelum geng Star Trek The Next Generation pula beraksi). Seperti biasa, pinggan collectible ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection tapi mana pula aku letak surat beranak dia ni...

Pinggan Star Trek 10

Star Trek IV: The Voyage Home merupakan filem keempat dari francais filem Star Trek. Ditayangkan pada tahun 1986, filem ini juga, seperti yang sebelumnya telah diarah oleh Leonard Nimoy (Spock). Filem ini antara lain mengisahkan bagaimana planet bumi berada didalam ancaman dimusnahkan oleh satu kaum alien yang datang untuk berhubung dengan spesis ikan paus sedangkan spesis ini pada waktu itu telah pupus sama sekali. Maka Kirk dan rakan-rakan, dengan menggunakan kapal angkasa Klingon Bird of Prey (sebab Enterprise sudah termusnah...) telah kembali ke tahun 1986 bagi mendapatkan ikan paus demi menyelamatkan bumi... Pinggan collectible ini adalah dari siri Star Trek The Movies Plate Collection yang oleh Morgan Weistling dan dikeluarkan oleh the Hamilton Collection.


Pinggan Star Trek 9

Star Trek III: The Search For Spock telah ditayangkan pada tahun 1984 dan pengarahnya adalah Spock sendiri (hehehe...Leonard Limoy, pelakon yang menjayakan watak Spock). Walau pun mengembalikan kesemua karakter Star Trek The Original Series dalam filem kali ini, nampaknya Uhura takda pula dalam pinggan tu. Tetapi, jika anda perasan, si Klingon (Kruge) pada sebelah kiri itu adalah Christopher Lloyd yang masyhur sebagai karakter Doc Brown dari siri filem-filem Back To The Future. Ok, pinggan collectible ini telah dilukis oleh Morgan Weistling dan terhad kepada duapuluhlapan hari pembakaran. Siap dengan sijil kelahirannya, pinggan ini telah dikeluarkan oleh The Hamilton Collection.




Kad Star Trek

Set playing cards dari siri Star Trek The Original Series. Berkotak, bertin dan berbungkus...
.

Thursday, December 30, 2010

Star Trek - Odo

Odo adalah salah satu karakter dari siri Star Trek Deep Space Nine. Dilakonkan oleh Rene Auberjonois, Odo merupakan spesis Changeling yang mempunyai kebolehan mengubah bentuk fizikanya. Dia boleh bertukar menjadi haiwan (lihat bawah) atau benda yang tidak bergerak seperti perabot, dan boleh juga bertukar menjadi bahan cecair jika dia mahu. Kebolehannya ini digunakan sebaik mungkin dalam menjalankan tugasnya sebagai Chief Security di stesyen angkasa lepas Terok Nor atau lebih dikenali dengan nama Federation-nya, Deep Space Nine.



...transformasi