Thursday, March 31, 2011

ais kosong satuuu...

Kalau kat rumah, gelas design macam ni buat minum air kosong je sambil pekena nasi, habih kuat pun bubuh ayaq kodial. Tapi, kalau dalam pesawat guna untuk minum air apa ya...

.

apa dalam gelas tu...

Gelas berkaki dari MAS lama kali ini pun ada sedikit perbezaan berbanding dengan yang telah diposting hari tu. Kali ini body-nya ada sedikit curved dan tidak lurus seperti yang sebelumnya. Terdapat cebisan sticker dengan huruf "N" dalam font yang agak elegant, mirip dengan huruf "N" yang digunakan oleh pengeluar barangan pinggan-mangkuk Jepun terkemuka iaitu Noritake. Apa mungkin gelas ini adalah salah satu hasil ciptaan syarikat tersebut...?

...dengan body yang ada curve.



sticker misteri, Noritake ka bukan...?


apa-apa pun, Noritake atau tidak, ada satu yang dah "crack" keliling maka digunakan sebaik mungkin oleh isteri tersayang...


gelas MAS bersama kawan...

Wednesday, March 30, 2011

macam sama, cuma kecik sikit...

Lagi gelas berkaki dari MAS, kali ini saiznya kecil sedikit daripada yang di posting sebelum ini. Masih kekal dengan logo MAS yang lama cuma kegunaannya untuk minum air jenis apa yang aku kurang pasti. Ada stewardess yang boleh membantu...?

.


Tuesday, March 29, 2011

ayaq jus di awan biru...

Gelas berkaki ini dikatakan telah digunakan untuk menghidangkan minuman jus buah-buahan kepada penumpang MAS suatu masa dahulu. Jus apa, aku tak pasti tapi yang pastinya gelas ini agak menarik designnya lebih-lebih lagi dengan logo MAS lama yang tertera dengan jelas, melambangkan betapa hebatnya servis yang diberikan MAS...

.

susahnya nak pakai kasut ni...

Alat yang digunakan untuk memakai kasut yang agak sukar untuk dipakai. Mana-mana kasut opis jenis kulit yang tidak bertali, yang mendatangkan sedikit problem setiap kali hendak dipakai atau dimasukkan kaki ke dalamnya bolehlah menggunakan alat pemberian MAS ni. Hanya letakkan pada bahagian belakang kasut dan selitkan kaki anda ke dalam. Ok, dah boleh pi berjalan...

.


Monday, March 28, 2011

sikat dulu sebelum keluar...


Masa aku bersekolah tahun tujuhpuluhan dulu, boleh dikatakan ke semua kawan-kawan aku ada sikat kat poket belakang, tak kiralah samada disebelah kanan atau di poket kiri, mesti ada satu sikat plastik. Jenis yang agak faymes masa tu adalah yang berwarna ala-ala cokelat keoren-orenan yang biasanya ada sticker berlogo buah epal merah. Masa tu kira macho la kalau ada sikat kat poket belakang, sebelum nak pi meronda kat depan sekolah budak perempuan kenalah bikin dulu remos, kasi terangkat baikk, hahaha....


Ok, sikat plastik tu takdalah aku simpan sampai sekarang, dah lama hilang tapi yang aku ada hari ini adalah sikat plastik putih, siap bersarung dari MAS. Yang ni masih baik, tak pasti pulak dah pernah pakai atau belum, yang pasti masih putih melepak. Macam baru lepas diberi oleh stewardess bertugas...





agar kuku sentiasa cantik...

Macam-macam barang yang boleh kita perolehi apabila menggunakan perkhidmatan MAS. Boleh minta poskad, dimana bila selesai menulis MAS akan poskan, ada permainan untuk anak-anak dan dewasa, alat perapi diri, makanan dan minuman tak payah ceritalah, macam-macam ada.....

Di bawah ini adalah "nail file buffer" ehsan dari MAS dulu. Lengkap dengan casing plastiknya yang berwarna merah, kondisinya masih cun dan baik. Kalau nakkan kuku cantik macam stewardess bolehlah pakai alat ni...




Friday, March 25, 2011

buat baju raya...

Ada seorang brader bertanya, "Gambar pramugari MAS yang jelita takde ke?". Maaflah, yang tu aku tak collect, marah mak bapa dia. Lagi marah orang sebelah aku nanti, hahaha. Tapi yang ini aku ada, kain yang dibuat baju pramugari MAS yang jelita tu. Kira oklah tu, takda pramugari, ada kain pun jadi la....
kasi zoom sikit design kain nih

Thursday, March 24, 2011

direct terus...

Ini adalah sampul surat hari pertama sempena Pelancaran Penerbangan Malaysia Pesawat 747-400 Terus-Menerus Ke London yang dikeluarkan pada 2 Disember 1989. Dengan menggunakan pesawat Boeing 747-400, dikatakan penerbangan sejauh 13,600km dapat dilakukan secara terus-menerus tanpa hentian. Jadi, penerbangan ke London dapat dikurangkan dua jam (daripada berapa, aku tak pasti).
.
Namun bagi aku, kalau ada berhenti-henti pun apa salahnya, boleh ronda kat airport yang dia berhenti isi minyak tu. Boleh cari Coca Cola negara lain dan apa saja souvenir yang menarik, betul tak? Tepuk dada tanya selera, mungkin ada yang sibuk dan mengejar masa, jadi bolehlah naik yang terus-menerus ni. Kalau tak, kita rileks dulu pekena kopi...


Sampul Surat Hari Pertamanya...


info sheet
.

setem-setemnya....
.
.
...masih gunakan $,
RM belum mari


butiran teknikal




Pek Cenderamata






macam-macam transport...

Sampul surat hari pertama sempena Dekad Pengangkutan Dan Perhubungan Bagi Asia Dan Pasifik 1985-1994 yang dikeluarkan pada 29 Okt 1987. Kenapa aku simpan yang ini? Dah tentu sebab ada MAS kat dalam tu (...dan Proton, dan KTM, dan kapal, dan......).


Wednesday, March 23, 2011

dah pergi, kena la balik...

Ahaaa, hari ini ada lambat sikit posting, bak kata geng IT, "Maaf Encik, system down...". Macamana pun setelah mengangkut SiRiBa ke tempat yang ada WiFi percuma aku pun buat la kerja harian nih. Ok, hari ini punya posting, first day cover lagi le gamaknya. Ini adalah FDC Pelancaran Penerbangan MAS ke Los Angeles pada 31 Julai 1986. Disertakan juga First Flight Cover 31st July 1986 bagi menandakan kepulangan "First Flight" dari Los Angeles ke Kuala Lumpur.

Dari Kuala Lumpur ke Los Angeles





Dari Los Angeles ke Kuala Lumpur




Tuesday, March 22, 2011

merahnya mak ngah II...

Sampul surat hari pertama sempena Penubuhan Sistem Penerbangan Malaysia dengan cop pejabat pos Jalan Semangat P.J. Selangor yang bertarikh 1 Oktober 1973. Memang menjadi feveret aku sebab adanya logo wau merah yang besaq...



kasi dekat sikit setem-setem tu
.

merahnya mak ngah...

Malayan Airways telah mula beroperasi pada tahun 1947, namun setelah negara kita beroleh kemerdekaan, ia bertukar menjadi Malaysian Airways. Selepas itu ia bertukar nama lagi menjadi Malaysia-Singapore Airlines kerana bergabung dengan Singapura. Tetapi, setelah beberapa tahun kedua-duanya berpisah dan muncullah Malaysian Airline System (MAS) pada tahun 1972. Dibawah ini merupakan Sampul Penerbangan Pertama bertarikh 1hb Oktober 1972 sempena penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. Nama baru, logo baru dan semangat baru...


Monday, March 21, 2011

penuh satu kereta...

Pada suatu masa yang tidak berapa lama dahulu, aku ternampak akan iklan cardboard Coca Cola & F&N Orange. Amat menariklah iklan itu sehingga timbul hasrat di hati untuk aku memilikinya (secara percuma). Namun aku hanya mampu memperoleh sebelah sahaja, iaitu bahagian yang ada gambaq Coca Cola seperti yang aku pernah posting dulu (kat sini).
.
Tetapi, harapan kembali bersinar bila sekali lagi aku diberi peluang dan terlihat akan iklan cardboard (versi uncut) di sebuah supermarket kat PJ. Selang beberapa hari aku akan melawat untuk mempastikan ia tidak jatuh ke tangan orang lain. Namun, akibat dari kesibukan kerja, sampai seminggu lebih aku tak dapat menjenguk iklan pujaan. Dan 'pabila aku berpeluang untuk singgah, rupanya baru semalam diorang kasi clear dan buang iklan cardboard tu, promosi dah habis kononnya. Aduuuh, bila aku tanya kat brader yang jaga kat situ dia berkata, kenapa abang tak bagi tau yang abang nak.... Ish, ish, iiiish, takpalah, dah nasib badan.
.
Rutin harian pun berjalan seperti biasa sehinggalah pada satu weekend tu, aku pi lah bercuti ke rumah adik ipaq aku kat JB. Selepas pekena Mee Rebus Hj Wahid, kami meronda kat supermarket area tu. Tiba-tiba aku pun terpandang kat area ayaq soda. Eh apa tu...? Macam kenal je... Yeeeehaa, tu dia iklan cardboard Coca Cola versi uncut, masih baik, tegak berdiri diatas berkarton-karton botol pet Coca Cola. Tanpa membuang masa aku pun pi la cari staff bertugas nak minta izin bawa balik iklan cardboard tu (tak nak le guna tenik B kat tempat orang). Bila jumpa, aku pun explain kat brader bertugas yang aku berminat dengan iklan Coca Cola dan tanpa perlu aku goreng berjela-jela, dia pun terus ambil dan bagi kat aku. Betulla kata otai-otai collector, kalau dah jodoh tak ke mana.....