Sewaktu aku dapat ni, ia sudah dicabut dari rak dan seperti hendak dibuang. Takpalah, daripada masuk tong baik masuk kotak kan...?. Ok, ini adalah kad iklan bagi mempromosikan peraduan usahasama Tesco dengan Nescafe. Peraduannya? Sama seperti peraduan Nescafe Gold Mug yang sedang berlangsung cuma peraduan yang ini melibatkan pembelian pek Nescafe daripada Tesco. Setiap pembelian melebihi RM20 melayakkan anda menyertai peraduan ini dengan hanya meng-sms nombor resit dan beberapa butir pengenalan diri. Tapi, peraduan ini baru sahaja tamat tempohnya tujuhbelas haribulan yang lepas. Agaknya, sebab tu kad ni dah nak dibuang...
No comments:
Post a Comment