Wednesday, December 15, 2010

Komik Star Trek IV

Takkan komik Star Trek Original Series aje yang dapat liputan, mana boleh jadi ye tak... Ok, kali ini giliran Star Trek The Next Generation pula. Isu pertama siri ini telah diterbitkan pada tahun 1989, ia berakhir dengan isu yang ke lapanpuluh pada Februari 1996. Disini ada beberapa isu, yang biasa dan yang special...

Isu #50, September 1993
"And Death Shall Have No Domain"


Komik yang dibawah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada sebuah siri yang mengandungi empat bahagian (yang ni bahagian pertama). Ia adalah kolaborasi dua penerbit komik terkemuka iaitu DC Comics dan Malibu. DC Comics memegang hak penerbitan bagi Star Trek The Next Generation dan Malibu pula memegang hak penerbitan bagi Star Trek Deep Space Nine. Bagi karakter-karakter Star Trek dari kedua-dua siri untuk muncul bersama didalam sebuah komik maka DC dan Malibu kenalah bikin joint-venture, barulah jadi....


.
Ini pula adalah isu yang diadaptasi dari siri terakhir (televisyen) Star Trek The Next Generation. Setelah tujuh musim keudara, akhirnya habis dah.... takda lagi. Komik bertajuk "All Good Things..." ini telah diterbitkan pada Jun 1994.


Isu Special #2 daripada empat yang diterbitkan. Isu ini bertajuk "The Choice; Cry Vengeance; Out Of Time" dan telah diterbitkan pada tahun 1994.


No comments: