Monday, December 6, 2010

Milo Meletup...

Sewatu meronda di sebuah pasaraya Perancis, tiba-tiba aku disapa oleh Brader Promo. "Abang, nak cuba milo ni...?", katanya. Bagi aku, Milo tak payah nak cuba-cuba, hang bagi saja, aku terus minum...hahaha. Tengah aku dok layan minum terperasan pula pek enam kotak Milo (bawah). Hmmmm, tertera pada kotak, "Sensasi Meletup" dan "Straw Edisi Terhad". Akibat daripada kemusykilan yang melanda, aku pun beli sebungkus bawa balik rumah...



Inilah dia straw edisi terhadnya,
nampak macam biasa, tapi...


Ada empat lubang dekat dengan hujung di
sekeliling straw. Lubang yang biasa takda pula...


Patutlah dia kata sensasi meletup,
sekali sedut Milo keluar dari empat lubang...


dan ini adalah antara sebab lain kenapa
aku beli pek Milo ni .......hehehe




4 comments:

frightrice said...

Bagi aku diaorg buat setraw mcm ni samer jer masuk dlm mulut aku, tak meletop pun :) Ini sajer jer marketing strategy. Aku rasa MILO dah kureng sejak diaorg kurangkan gula dlm minuman, dulu punya lagi meletop. Betul bro?

Spallan said...

Bro, straw satu lubang ka, empat lubang ka, bila masuk mulut, sekali aku sedut, dia habis laju serupa tu juga, hehehe. Tapi bab rasa tu, betul la bro, sekarang agak kureng sikit. Tak boleh lawan lori milo punya taste... ;)

iaryylr said...

Bro, lama dah saya beli dan simpan tapi tak ada pulak nampak uncang promosi tu, mungin saya beli 2 kotak saja kot! ha ha ha! straw tu pun tidak meletup, mungkin lidah bebudak jer kot sebab lidah kita sudah keras sebab kita sudah tua....

Spallan said...

Ha ha ha...... Bro iaryylr, uncang ni diorang simpan kat booth promo milo, mesti ada lagi tu...